Senin, 10 Maret 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Projek Terowong Bawah Laut PP Pula..

 



Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Pula.. -Guan Eng

 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) tampil mempertahankan tindakan kerajaan negeri membina terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Beliau melahirkan rasa hairan dengan kritikan mengenai pembinaan terowong dasar laut, ekoran pembukaan rasmi jambatan kedua Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Kerajaan negeri sebelum ini memberi alasan bahawa terowong itu perlu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau berkenaan.

Beberapa ulasan di media pro-kerajaan bagaimanapun mendesak kerajaan negeri mengkaji semula pembinaan terowong yang bakal menjadi penghubung ketiga antara Pulau Pinang dan semenanjung.
"Amat jelas laluan ketiga iaitu terowong dasar laut antara Persiaran Gurney dan Bagan Ajam selain dapat mengurangkan kesesakan dalam pulau, ia dilihat sebagai mekanisme yang mengubah pembangunan dan menjana ekonomi di Seberang Perai Utara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil mempersoalkan penyokong Umno yang membantah pembinaan terowong dasar laut, Lim berkata kerajaan negeri mengutamakan pembangunan dan memberi layanan sama di kawasan yang dimenangi Umno pada pilihan raya lepas.

"Sekiranya Seberang Perai Tengah membangun kerana jambatan dan sekarang ini Seberang Perai Selatan pula, kenapa tidak Seberang Perai Utara?
"Dengan pembinaan terowong itu membuktikan prinsip kerajaan negeri yang tidak menyisihkan setiap rakyat Pulau Pinang biarpun mempunyai fahaman politik berbeza," katanya.

Katanya, pembinaan terowong dasar Laut yang dijangka siap pada 2015 itu merupakan elemen penting dalam Penilaian Kesan Trafik Fasa 2 Tanjung Pinang, dalam projek penebusan semula tanah oleh kumpulan E&O.

Lim mendedahkan bahawa projek penebusan semula tanah melibatkan seluas 940 hektar diluluskan dan ditandatangani oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Bagaimanapun, katanya, ketika itu beliau tidak pula mendengar bantahan oleh media BN berhubung projek tersebut.

Beliau juga merujuk kajian pengangkutan yang menyatakan lebih banyak laluan akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

"Hong Kong boleh mempunyai tiga terowong dasar laut selain daripada jambatan sedia ada, jadi kenapa tidak Pulau Pinang?" tanya Lim, dan menambah bahawa terowong yang akan dibina lebih bersifat mesra alam dan tidak melibatkan negeri lain.

Beliau berkata projek tersebut adalah visi jangka masa panjang kerajaan negeri.
"Pembinaan akan memakan masa selama 12 tahun. Biarpun mempunyai dua jambatan namun dalam masa tersebut, ia tidak mungkin dapat memenuhi pertambahan kenderaan dengan pembangunan yang semakin pesat," katanya.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi antara yang membantah pembinaan terowong tersebut, atas alasan ia bukan satu keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah lalu lintas.
Beliau dilaporkan berkata, meskipun projek terowong dasar laut itu sudah dirancang ketika BN memerintah, namun kerajaan BN terpaksa mengubah pelan berkenaan selepas melakukan penilaian dari pelbagai sudut.

"Kerajaan negeri perlu melihat kesan jangka panjang pembinaan terowong itu, terutama kepada nelayan pesisir, kerana pembangunan tidak terancang sedemikian boleh menjejas mata pencarian mereka," kata Abdullah. –  (TMI)

Tol Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang. Itu adalah janji Pakatan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang

Setakat ini, semua janji yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang telah pun dilaksanakan.  Hanya janji yang melibatkan kuasa kerajaan pusat seperti pemansuhan tol dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan belum dapat dilaksanakan kerana UMNO-Barisan Nasional.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar