Senin, 10 Maret 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Formula 1 2014: Penantian yang bakal berakhir

 



Apabila PEMUDA PAS berbicara pasal FORMULA 1

kedahlanie.info
 
 Formula 1 2014: Penantian yang bakal berakhir
 
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
 
Sukan Permotoran Formula 1 akan membuka tirainya bulan ini bagi musim 2014. Sudah pastilah para peminat sukan Formula 1 ini sudah tidak sabar-sabar menantikan perlumbaan musim ini yang dilihat agak mencabar berbanding musim-musim yang lepas. Tirai 2014 kali ini akan menyaksikan sebanyak 22 orang pelumba daripada 11 pasukan bersaing merebut kejuaraan.

Melbourne, Australia pada 16 Mac ini akan menjadi pentas sulung musim ini dalam menyaksikan Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull dan pasukan Red Bull itu sendiri mempertahankan kejuaraannya; Juara Formula 1 (juara 4 kali iaitu pada tahun 2010, 2011, 2012 & 2013) dan Juara Jentera Pengeluar buat kali keempat.

Pada bulan ini juga, Litar Sepang sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila menjadi pentas kedua dalam pertandingan Formula 1 ini iaitu pada 30 Mac.

Tahun 2014 ini juga menyaksikan buat pertama kalinya perlumbaan akan diadakan di Russia dan juga kemunculan kembali Litar Austria selepas 10 tahun.

Formula 1 edisi musim 2014 ini dilihat unik berbanding musim-musim yang lepas. Sejak sukan ini diperkenalkan pada tahun 1950, pelbagai keunikan telah disajikan yang menatijahkan sukan ini tidak pernah jemu dan sepi dari selera peminat. Antara keunikan  musim ini ialah penggunaan format enjin baru iaitu enjin V6 1.6 liter turbocaj (dengan dua ERS)  berbanding enjin V8 2.4 liter (dengan sistem KERS) sebelum ini.

Beberapa perubahan pelumba dan pasukan juga turut berlaku. Felipe Massa yang sebelum ini bersama pasukan Ferrari kini beralih angin ke pasukan Williams-Mercedes. Kimi Raikkonen pula akan berlumba untuk pasukan Ferrari. Pasukan Williams juga tidak lagi bersama Renault. Kini dikenali sebagai Williams-Mercedes apabila bekerjasama dengan jentera tersebut.

Beberapa peraturan baru yang mengundang kontroversi juga diperkenalkan bagi musim ini. Di antaranya ialah penggunaan mata berganda pada perlumbaan akhir musim. Ianya ditetapkan oleh FIA supaya pemenangnya tidak diketahui sehinggalah akhir perlumbaan. Peraturan ini mendapat kritikan hebat termasuklah juara bertahan, Sebastian Vettel dan pelumba Felipe Massa.

Selain itu, penggunaan 'nose' juga telah dirombak bagi tujuan keselamatan. Turut dirombak ialah pasukan pelumba hanya boleh menggunakan 5 enjin sahaja berbanding 8 enjin sebelum ini dan beberapa lagi peraturan yang dilihat sama ada mampu menambah daya tarikan Formula 1 ataupun ianya menjadi sebaliknya.

Selain dari itu, bagi rakyat Malaysia khususnya, keterujaan terhadap pasukan Mercedes AMG Petronas pastinya ditagih melalui kecekapan kedua-dua pemandunya iaitu Lewis Hamilton dan Nico Rosberg melalui Team Principalnya yang baru; Norbert Haug. Jentera baru mereka, F1 W05, pastinya diharapkan menjadi sekurang-kurangnya 'top three' kalau pun tidak menjadi juara 2014.

Namun sebagai seorang peminat tegar sukan Formula 1 ini, dan juga peminat pasukan Infiniti Red Bull Racing Team dan Sebastian Vettel, sudah pastinya saya optimis dengan kejuaraan beliau dan pasukannya.

Saya juga melihat di bawah kepimpinan Red Bull Team Principal; Christian Horner ini serta kebijaksanaan Red Bull Technical Director; Adrian Newey, Infiniti Red Bull Racing Team dilihat mampu mengulangi rekod cemerlangnya buat kali kelima berturut-turut. Semoga musim 2014 Formula 1 ini mampu mengorak sejarahnya yang tersendiri.

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar