Minggu, 05 Januari 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: air mineral jalan air kuning

 



Air Mineral Spritzer & Cactus Halal Atau Haram?

ustaznoramin.com

Posted by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal

 


Assalamualaikum Ustaz 

Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang hukum minum air mineral Spritzer, Cactus, Desa dan seumpamanya yang di buat di Jalan off Air Kuning, Taiping yang dikatakan mengandungi mineral mayat yang mana tasik air mineral yang disebutkan tadi terletak berhampiran dengan tanah perkuburan cina. Tidak ada bukti kukuh mengatakan air minuman tersebut ada mengandungi mineral mayat, cuma khabar angin dan desas desus di internet, sms dsb. Apa yang saya tahu, air melibehi 2 kolah yang tidak berubah sifat (warna, rasa dan bau) merupakan air mutlak. Boleh ustaz jelaskan hukum minum atau guna air tersebut atau hanya fitnah dari individu yang ingin mengelirukan semua orang. 

Jawapan 

Saya tidak berani hendak mengatakan berita yang mengatakan air mineral dari Air Kuning Perak itu difitnah atau mengandungi kandungan mayat. Alasannya saya kurang memiliki info-info atau kajian ilmiah mengenai perkara ini. saya juga ada terdengar dari sahabat dengan berkata "syeikh jangan beli mineral ni dan semua mineral yang diprodukkan dari Air Kuning bercampur dengan air mayat cina". 

Beginilah kita sebagai seorang Islam, soal halal dan haram ini perkara yang amat serius dan perlu diberatkan. Allah SWT sangat tegas dalam perkara ini, banyak firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW mengenai hal ini. Saya muatkan dulu firman Allah SWT yang bermaksud : 

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." ( Surah Al-Baqarah: 168) 

 Lagi Firman Allah SWT : 

"Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (Surah Al-An'am: 145) 

Kemudian saya datangkan pula sabda Rasulullah SWT mengenai makanan halal sebagai rujukan kita semua : 

"Barang siapa dagingnya tumbuh dari pekerjaan atau makanan yang tidak halal, maka neraka adalah tempat yang layak untuknya." (Riwayat Ibnu Hibban). 

Solusi

Tindakan pertama, apabila kita dengar hujah-hujah mengenai air mineral tersebut, maka sebaiknya kita membuat kajian dahulu adakah maklumat yang didengari itu benar atau tidak. Mungkin perkara ini kita boleh rujuk dari mereka yang pakar dalam bidang fiqh pemakanan halal, mereka yang mempunyai kemampuan atau mempunyai autoriti untuk mengkaji dan menentukan makanan itu halal atau tidak. 

Tindakan kedua yang patut kita ambil ialah pastikan produk itu dibuat oleh orang Muslim, kerana secara tidak langsung makanan tersebut sudah terjamin kehalalannya. Banyak syarikat atau produk mineral yang dibuat oleh Muslim. Tetapi untuk mendapatkannya bukan perkara yang mudah perlu menggerakkan sedikit kudrat yang diberikan Allah SWT. Berusaha mencari perkara yang baik itu dinamakan sebagai jihad, ibadah dan memperoleh pahala daripada Allah SWT. 

Tindakan ketiga, zaman sekarang akses mendapatkan maklumat halal itu boleh dibuat dengan pelbagai cara sama ada melalui panggilan, email, layari website atau logo halal yang diperakui JAKIM. Sekiranya kita dapati produk air mineral itu tidak mempunyai tanda halal JAKIM, maka sebaiknya jangan dibeli kerana kandungan dan prosesnya belum diperakui daripada badan Islam yang bertauliah. 

Tindakan keempat, jika kita masih ragu-ragu dan tidak yakin dengan produk tersebut, maka lebih baik ditinggalkan sahaja untuk menghindarkan diri dari terjebak dengan perkara yang syubhah dan haram. Tindakan ini lebih selamat dan disarankan oleh Islam. 

Penutup 

Di sini saya tidak berani hendak mengatakan air itu halal atau tidak. Saya juga tidak berani menyatakan dakwaan itu fitnah atau tidak. Cuma yang saya dapat berikan ialah beberapa tindakan yang boleh diambil untuk perkara tersebut. Harapan saya tips ini dapat memberi manfaat kepada sahabat yang bertanya dan juga pengunjung blog ini. semoga usaha ini dapat menyumbangkan perkara yang positif kepada seluruh masyarakat.  

 

air mineral

abdrahims.blogspot
 
sebenarnya aku tak minat nak tolong sebarkan email-email mengarut yang datang dari sumber yang langsung tak diketahui.

tapi semalam aku berjumpa dengan seseorang yang menerangkan tentang kesan memakan/minum makanan yang syubhah. dulu aku tak ambil port sangat. asalkan ada tanda halal, semua ok je. namun manusia sentiasa berubah. ada baiknya jika kita menjaga apa yang kita makan/minum.

orang yang aku jumpa semalam bercakap tentang air mineral. setiap air mineral tak sama grednya. itu aku boleh terima. aku pun tau. sebab tu ada botol bertudung biru, hijau dan putih. tapi bukan tu yang dia maksudkan. menurutnya air mengeluarkan gelombang, dan air yang tak berkualiti menjadikan badan kita mudah ditimpa penyakit.

orang tu menegur member aku sedang memberi anaknya minum air mineral jenama cactus. alasannya, air tu mempunyai tahap gelombang yang rendah. malah negatif. sebabnya? asal air tu daripada sumber yang tak berapa baik. kawasan tempat mata air tu berdekatan dengan perkuburan cina dan ladang ternakan babi katanya.

aku cuma ingat tempat tu berdekatan dengan 'jalan air kuning' di taiping. disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak aku pun guna teropong hikmat lalu meneropong kawasan tu. memang betul kawasan tu berdekatan dengan jirat cina. dan yang lebih menggempakkan lagi ialah air mineral jenama spritzer turut diambil dari situ. aduhai...., tak minumlah aku air tu lagi lepas ni.

ada yang tak faham mempersoalkan kenapa susah-susah pasal ni? jakim dah kata halal jadi hukumnya tetap halal. betul. aku tak nafikan memang halal. makan guna sudu garfu dikedai makan/restoran pun tetap halal. tapi perkara-perkara macam ni perlu dititik beratkan kerana ia menjadi darah daging kita. senang cerita, perkara-perkara macam ni yang akan bentuk hati dan akhlak seseorang.

ia bukan lagi soal hukum halal atau haram. makan babi waktu darurat pun hukumnya harus, tapi babi tetaplah babi. kesan ke atas darah daging kita tetap ada. bukan boleh main ikut hukum saja.

jika hati pun dah bebal, amatlah susah untuk mengenal diri apatah lagi mengenal tuhan. itulah yang paling utama dan atas sebab tu jugalah golongan ahli tarekat/sufi memang jaga sungguh-sungguh apa yang mereka makan dan minum. sebab tu walau kita solat tunggang terbalik macam mana pun, kita takkan dapat khusyuk. bila ditanya siapa yang disembah, Allah jawabnya. dalam solat macam mana nak bayangkan sedang sembah Allah? adakah dengan membayangkan Alif Lam Lam Ha atau A L L A H? jika itulah dianya, maka orang tu bertuhankan HURUF!

comments:

  1. terbaik bro..

  2. Che jakim harap dapat lebih peka dalam menjalankan tugas yg telah diamanahkan

  3. patut tekak tak nak terima air tu. Terima kasih info dan tumpang lalu ya, masuk belum pun bagi salam, assalamualaikum.

  4. salam..

    maaf mncelah..
    kyong tadi menggoogle isu lain.. terjumpa pulak isu ini..

    ingin dikhabarkan telaga tiub spritzer sudah pun wujud lebih awal drp jirat cina/memorial park berkenaan.

    telaga tiub spritzer sudah ade sejak tahun 1980'an, sedangkan jirat cina tu baru jer pada tahun 1996.

    hal ini mjadi isu sejak phujung tahun 90'an semasa saya masih bekerja dgn grup spritzer , dan pihak jabatan galian telah mengesahkan telaga tiub spritzer tdk terjejas..
    dan sebaiknya jgn teropong dlm google maps ajer.. boleh dtg melawat kilang dan lihat sendiri keadaan sekitar..

    1. Alhamdulillah...maklumat kak yong ni lah yg buat saya lega sangat....tolong la sy ni dah la tak suka minum air putih hanya masuk air mineral...tup2 da suka spritzer datang pulak isu macam ni...harap maklumat kak yong menambah keyakinan sy utk minum spritzer ni.

  5. Erm..xpe lh k.yong...wujud bila pun..yg jelas sekarang mmg lokasinya dekat dgn jirat cina tu...baiklah saya menjauhi benda2 syubhah mcm ni..lgpun byk lg alternatif lain utk mendapatjan air yg bermineral ni...sekian...

  6. Dah 17 tahun jirat tu...uweekkkk...menyerap la dlm tanah...

  7. if betul dah lama telaga tiub spritzer sudah ade sejak tahun 1980'an, sedangkan jirat cina tu baru jer pada tahun 1996. Kenapa membenarkan jirat tue di bina di situ, umumnya tahu situ ada telaga untuk takungan air mineral... bukan niat tuk nak jatuhkan perniagaan sesorg, tapi pihak yang berwajib kena ambil perhatian benda ini kalau telaga itu atas dari jirat tue boleh di terima... maaf andai kata2 ini menyinggung semua pihak...

  8. kepada semua, sila baca blog ini >> http://weluvhalal.blogspot.com/2010/05/piawaian-pembotolan-air-mineral.html
    terima kasih...

  9. salam... pada pendapat sy... seperti yg kita tau. air yg melebihi 2 kolah adalah air yg suci lagi menyucikan iaitu air mutlak. janganlh kita mengharamkan sesuatu yg halal.

  10. Pendapat saya ...masalah sebenar ialah dari segi perasaan xslesa kerana sumber air berdekatan dgn jirat..itu sahaja. Saya percaya ramai orang Islam, golongan cerdik pandai dan amanah berada dlm JAKIM, Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan, Unit Kawalan Air Minuman dan lain-lain yg telah memutuskan akan status halal dan sihat air tersebut. Percayala bahawa org2 dlm institusi itu akan buat kerja dgn amanah dan jujur.. Air ada gelombang negatif?? Adoi...Jenis-jenis ayat ala-ala bunyi saintifik tapi xda bukti dan international standard ni sorila sy sgt susah nak percaya.

  11. Air yg mcm ni bole diminum kalu korang YAKIN air tu bersih. Tapi kalu dah was2 mcm aku. Cari air lainlah. Pastu bile tgk 7 dari 9 exec & direktor tu sumenye cina (Annual Report). Lagi kuatlah aku jauhkan diri. Elakkan beli barang makanan dari org kafir. Lelagi yg tgh hafaz quran tu. Rosak badan dik

  12. Bagi pendapat saya pulak, memang air ni halal... so, terpulanglah pada masing2... Tak perlulah kita nak salahkan sesiapa...hak individu nk minum atau tak... Saya sendiri rasa xsedap hati nak minum bila dh tau... pada sesiapa yg tak rasa apa2, silalah minum..dn saya jumpa bnyak lagi air mineral lain yg saya boleh beli sebagai alternatif... Tak semua yg halal itu sihat... pasal air ada gelombang itu saya percaya sbb jika kita tengok semula, pusat perubatan islam pun membaca ayat2 alquran pada air.. dan syaratnya air itu mesti air yg hidup.. kerana air boleh merakam... saya tiada ilmu tentang air... kita boleh tanya pada yg pakar..

 

air mineral jalan air kuning

adyida.blogspot
 
arini tetiba ter'google' pasal air mineral yg sumbernya dtg dari 'jalan air kuning'. sibuk meng'google' jmpa la 2brand ne.cactus dgn spritzer hijau/biru.bc2 belog2 yg berckp pasal mineral ne byk yg kata cactus dan spritzer ne sumber airnya d bwh bukit yg ada kubur cina.kalo org taiping maybe tau kot sbb kilang area taiping.tp kesahihannya xtau la kan sbb aku pon bc dr blog ke blog ja.ada input yg positive dan input negative.
 
pendek kata kalo sesapa yg rasa was2 dgn 2brand mineral td xyah la dok beli minum.tp klu dah teruk sgt dahaga sampaikan semua kedai asyik jual 2brand ni je ha... beli la utk diri seniri gak.xkan nk mati kering kot.nsb bek kedai kat umah aku 2 jual brand bleu ja.xnak kaji dah pasal mineral ne.silap2 hb suma brand ada je berita buruk2 dia. so selamat minum air mineral. (apehal aku ne...punya pasal la org len nk minum air apa pon.cbuk ja) hahaha....
yg ne spritzer penutup biru

tgk alamat dia

comments:
  1. tp kan akak klu akak perasan kebanyakkan air mineral dr sumber air yg sama iaitu kat negeri perak..cuba tgk nnt kat semua botol air mineral..

  2. Anonymous

    jgn risau,utk hasil botol air mineral bukan senang, Jakim inspection, Kerajaan juga inspect juga. lagipun, punca air nya bawah tanah, ratus-ratus kaki ya, tak mungkin air kubur resap...... jd ni info tak berasas. sila tgk link di bwh .

    http://drzubaidi.com/blog/?p=1630

    http://www.spritzer.com.my/html/media_room_news_details.aspx?ID=70&Type=News

    http://www.youtube.com/watch?v=_KYHBvSIihw

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar