Minggu, 09 Agustus 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Penemuan Cebisan MH370 Di Pulau Reunion TIDAK LOGIK

 



 
Lelaki Ini Dedah Mengapa Penemuan Cebisan MH370 Di Pulau Reunion TIDAK LOGIK

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net


Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita yang amat berat untuk diterima, lagi-lagi bagi keluarga mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Berita itu sendiri telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa cebisan yang dijumpai di Pulau Reunion itu adalah kepunyaan MH370.


Dengan berita itu, segala misteri dan tanda tanya sudah pun terjawab.. Namun ada sesetengah pihak yang musykil dengan pengesahan perjumpaan cebisan di pulau yang terletak di Perancis tu. Terbaru, individu ini mengemas kini status di Facebook dan menyatakan kenapa cebisan yang dikatakan milik MH370 itu sama sekali tak masuk akal.

"Ini pendapat saya.."


"Ini padahnya bila buat skrip tu tak tahu selok belok aviation.."



"Kami tahu anda berbohong"- Isteri Pramugara yang hilang bersama MH370

Isteri kepada pramugara yang hilang bersama pesawat MH370 itu juga berstuju dengan statement yang dikeluarkan Mohd Roshdi Hassan. Kami nak komen panjang lebar pun tak boleh sebab kami memang tak tahu selok belok atau pengetahuan tentang course penerbangan ni. Moga-moga kebenaran akan muncul satu hari nanti!


 
Terkini #MH370 : Serpihan Sayap Sah Milik MH370 - PM
 
siakapkeli.my

Foto : Reuters / Harris

Kuala Lumpur, 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengesahkan 'flaperon' pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik pesawat penerbangan MAS MH370.

Najib membuat pengesahan itu dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa (PWTC) yang diadakan sekitar jam 2 pagi hari ini.

Sidang media mengumumkan perkara yang sama turut diadakan di Perancis; negara yang bertanggungjawab menganalisis serpihan itu; secara serentak dengan Malaysia.

Dalam pada itu, MAS juga turut mengeluarkan kenyataan media serentak dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Dalam kenyataan tersebut, MAS memberitahu pengesahan mengenai serpihan 'flaperon' itu disahkan oleh pihak berkuasa Perancis, Biro d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de I'AviationCivile (BEA), kumpulan penyiasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. -
Siakapkeli.my

 

SergePakar Tentukan Flaperon dari MH370 Mackowiak Dedah Bagaimana

siakapkeli.my
 

Awal pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengesahkan flaperon pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik pesawat MH370 yang hilang pada Mac tahun lepas.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pendakwaraya Perancis, Serge Mackowiak turut mengadakan sidang media berkenaan perkara di Perancis.

Dalam kenyataan terbabut Serge Mackowiak menjelaskan apa yang telah diketahui oleh pasukan penyiasat yang terdiri daripada pakar dari Perancis, Malaysia, Australia dan Amerika tentang flaperon terbabit.

Menurut Serge Mackowiak, wakil dari Boeing telah mengesahkan serpihan tersebut datang dari Boeing 777 berdasarkan saiz, warna, struktur sendi dan karakter teknikal yang lain. Tambahnya lagi, dokumen teknikal yang diberi oleh MAS membolehkan pakar mengenalpasti persamaan antara serpihan tersebut dan flaperon MH370.
 
Seorang individu yang terlibat dalam penyiasatan terbabit bagaimanapun berkata, pakar dari Boeing dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika masih lagi tidak berpuas hati dan akan menjalan siasatan lanjut ke atas flaperon terbabit. Ini berikutan terdapat modifikasi kepada bahagian flaperon itu yang tidak sepadan dengan apa yang mereka jangka berdasarkan rekod penyelenggaraan syarikat penerbangan terbabit.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai Perancis dan Malaysia tidak berkongsi keraguan terbabit disebabkan hanya terdapat satu Boeing 777 yang hilang di dunia.

Tambah individu terbabit, yang tidak mahu namanya dipaparkan berikutan perkara ini tidak boleh dibincangkan secara terbuka, tiada nombor identifikasi unik membuatkan proses pengecaman objek tersebut menjadi lebih rumit. Individu itu turut berkata setakat ini tiada kesan atau bukti kerosakan fizikal yang mungkin boleh menjawab apa sebenarnya terjadi kepada pesawat tersebut. -
Siakapkeli.my

Sumber :  The New York Times
 
 

MH370: Pelancong Dakwa Jumpa Serpihan Pesawat Seperti Tingkap



Dengan penemuan pelbagai objek dan flaperon yang dikaitkan dengan kehilangan MH370 dia Pulau Reunion adakah akan berjaya menjawab misteri kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines yang hilang lebih setahun lalu.

Terbaru, seorang pelancong mendakwa dia telah menemuo satu objek yang seakan-akan menyerupai tingkat pesawat ketika sedang melakukan aktiviti senaman di St Denis, Pulau Reunion semalam.

Objek yang diperbuat daripada plastik berkenaan ditemui beberapa meter dari penemuan serpihan sebelum ini lanatas pihak berkuasa menemuinya untuk  menyiasat kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan jenis pesawat Boeing 777.


Namun sehingga waktu ini masih tiada apa-apa kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai penemuan objek berkenaan adakah ia sah milik Boeing 777 berkenaan.

"Ia mungkin kelihatan seperti bingkai belakang tingkap pesawat namun saya masih belum dapat mengesahkan apa-apa," ujar wakil polis, Gisele Cadar seperti dilaporkan Dailymail.

Sebelum ini terdapat penduduk tempatan telah menemui serpihan objek yang kelihatan seperti pintu pesawat namun pihak penyiasat kemudiannya mengesahkan ia merupakan tangga dan bukanlah datang dari sebuah pesawat.

Sebelum ini, flaperon yang dijumpai telah disahkan milik pesawat Boeing 777 yang berkemungkinan milik MH370 namun sehingga kini pasukan penyiasat masih sedang cuba mengesahkan serpihan tersebut. - Siakapkeli.my

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar