Minggu, 16 Agustus 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula

 



Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula Warnai Seni Katun Tanah Air
 


Berita baik untuk peminat setia majalah Ujang, apabila dikatakan 'Ujang original' bakal hidup kembali untuk mewarnai industri katun tanah air.

Peminat kali ini bakal disajikan dengan wajah Ujang dalam bentuk asli seperti mula-mula Ujang 'baru lahir' iaitu bersama majalah Gila Gila.

Memetik laporan Malaysiakini, kartunis yang telah mengihidupkan watak Ujang, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang berkata, melalui majalah Gila Gila 'yang diperkukuhkan' watak kartun itu akan muncul untuk menghiburkan peminat serta orang ramai.


Penampilan kali ini lebih menarik kerana majalah berkenaan akan dicerikan dengan ramai kartunis hebat lain seperti Ubi, Taugeh, Tembakau, Aie selain Jaafar Taib sendiri.

Menurut Ujang lagi, penampilan terbaru ini akan menjadikan majalah Gila Gila yang pernah menghiburkan jutaan peminatnya dulu kembali sebagai peneraju seni kartun pada masa kini.

Menceritkan kisah kisahnya 10 tahun lalu beliau melepaskan jawatannya sebagai ketua kartunis dalam Gila Gila untuk menerbitkan majalan keluarannya sendiri iaitu Ujang di bawah penerbitan Kharisma Publication.

Dengan wujudnya majalah Ujang beliau berjaya melahirkan lebih ramai bakat baru melalui majalah itu seperti Gayour, Aie, Duku, Ciku dan ramai lagi.

Namun pada penghujung 90-an beliau telah berdepan dengan ujian yang amat besar apabila telah terikat dengan ketetapan perundangan selepas diambil alih oleh MOY Publication di mana mereka menghalang beliau menerbit atau menggunakan produk kartun menggunakan watak yang pernah diciptanya sendiri - Ujang.

Ujang menceritakan dia telah dianiaya apabila nama yang diciptakn dan dinaikkannya itu Ujang telah diambil tanpa sebarang pampasan atau bayaran.

"Ada kontrak yang memperincikan mengenai perkongsian keuntungan, hak milik dan sebagainya tetapi semuanya dihilangkan. Macam kes 1MDB juga," katanya separa bergurau.

Lebih menyedihkan semua karya yang dihasilkannya dalam penerbitan dahulu telah disiarkan tanpa menggunakan namanya tetapi diganti dengan nama orang lain.



"Itu siapa cakap bukan penganiayaan, memang sesuai kena tempeleng," katanya tersenyum.

Bercakap mengenai projek terbarunya itu, beliau berkata dia dan beberapa kartunis lain akan bekerjasama memperkuatkan kembali majalah Gila Gila.

"Kami nak buat kartun yang berkualiti dan menghiburkan rakyat Malaysia. Kami buat sebab kami sayang," katanya.

Beliau memberikan contoh tindakan mereka kini adalah "membaik pulih rumah pusaka di kampung".

"Walaupun kita ada banglo di kota, berhari raya di rumah pusaka itu lebih indah dan bahagia," katanya.

Pada 6 Ogos 2015 lalu, MOY Publication yang mengeluarkan majalah Ujang Dan APO? telah menutup operasi mereka ekoran kenaikan kos operasi dan bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). - Siakapkeli.my
 
 
----- Original Message -----
To:
Sent: Sunday, August 09, 2015 11:52 PM
Subject: Fw: Berakhirlah Perjuangan Majalah UJANG Dan APO?

Maka Berakhirlah Perjuangan Majalah UJANG Dan APO?, Tiada Lagi Di Pasaran


Mulai hariini, 6 Ogos 2015, MOY Publication yang mengeluarkan majalah Ujang Dan APO?dikaitkan telah menutup operasinya serta merta.

Maka dengan berita ini dukacitanya dikatakan tiada lagi pengeluaran majalah Ujang Dan APO? yang mempuanyai peminatnya tersendiri itu di pasaran.

Berita ini disahkan sendiri oleh kartunis-kartunis majalah berkenaan di laman Facebook milik mereka dan SK tidak dapat pastikan apa sebenarnya masalah yang membelenggu syarikat MOY Publication berkenaan.


DENGAN RASMINYA 6 OGOS 2015 MOY PUBLICATIONS SDN BHD YG MENERBITKAN MAJALAH UJANG DAN APO MENUTUP OPERASINYA SERTA MERTA SEKIAN TERIMA KASIH


Kartunis Ubi
Artist · 72,055 Likes

Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.

Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.

Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela.


 
Ujang Budak Minang
· 23,507 followers
·
Rasulullah S.A.W bersabda; " Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: "Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama)." Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih

Alud Abdul Manas feeling sorry at Creatvtoon Studios
·
Majalah 'Ujang Baru' & MOY dikhabarkan dah tutup..
Sey bukan tak simpati dgn nasib Kawan2 seperjuangan dalam dunia kreatip ni..tapi sey laie simpati dgn diri sey 15hb ni..Abih tu cam no...
Creatvtoon Studios
Broadcasting & Media Production · Cyberjaya
· 4.2


Maka berakhirlah perjalanan sebuah majalah yang dahulunya menjadi sebutan ramai dan siapa yang tidak kenal dengan "Lawak Antara Bangsa", "Blues Untuk Aku", "Budak hostel", Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan pelbagai lagi.




Kartunis Ubi, yang merupakan kartunis terkenal Majalah Ujang meluahkan perasaannya di laman Facebook di mana MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.

"Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu."

"Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik," katanya.

Majalah ini telah memulakan opersinya pada tahun 1993 di mana pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang telah menerbitkan majalah ini sendiri di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur.

Majalah ini pada awal penerbitannya kelihatan sebagai sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

Melalui penghasilan majalan ini, beberapa kartunis telah berjaya mencipta nama bersama Ujang seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.

Namun Majalah ini telah diambil alih oleh Mohd Osman Yusof (MOY) mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya, sekaligus hal ini menghalang kartunis UJANG daripada terus menggunakan nama tersebut.

Kini majalah UJANG diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum. - Siakapkeli.my

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar