Acer Aspire R 11, peranti pertama dijana Windows 10 Dilulus untuk paparan oleh Abdullah tranungkite.net |

ACER Malaysia melancarkan model komputer riba kompak boleh ubah terbaharu, Acer Aspire R 11 dilengkapi dengan sistem operasi baharu, Windows 10, sekali gus menjadikannya peranti pertama yang mempunyai perisian itu di pasaran.
Pengarah Jualan dan Produk Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong, berkata Acer komited untuk menggabungkan inovasi terbaharu dalam rangkaian produk mereka yang luas demi memaksimumkan teknologi bagi pelanggan.
"Malah, model Aspire siri E akan ditawarkan tidak lama lagi di Malaysia bersama Windows 10," katanya pada majlis pelancaran Inovasi Terbaharu Acer di Kuala Lumpur, hari ini. Acer Aspire R 11 mempunyai reka bentuk paling kecil dalam kategori peranti boleh ubah Acer dengan hanya bersaiz kompak 11.6 inci.
Model itu mempunyai rekaan unik dengan engsel 360 darjah yang membolehkannya bertukar menjadi empat mod iaitu komputer riba, 'tent' (bentuk khemah), tablet dan paparan saja, manakala output saluran audio berubah secara automatik mengikut orientasi skrin. Kerangka Acer Aspire R 11 juga menawarkan genggaman yang lebih kuat dan dilengkapi 'Corning Gorilla Glass' untuk tahan calar selain teknologi 'Zero Air Gap' pula memberi pengalaman tontonan yang lebih jelas.
Komputer riba itu turut mempunyai lapisan anti cap jari bagi memastikan permukaan skrin sentiasa bersih dan jelas apabila ia digunakan. Acer Aspire R 11 juga didatangkan dengan beberapa ciri baharu seperti Acer TrueHarmony yang menawarkan kualiti audio lebih baik seperti ketika menonton filem, mendengar muzik dan bermain permainan video, manakala Acer BluelightShield pula melindungi mata pengguna daripada bahaya cahaya biru dan mengurangkan keletihan mata. Ia adalah komputer riba yang diperakui oleh Skype yang memenuhi standard audio dan visual diperlukan, selain kuasa bateri mampu bertahan hingga lapan jam.
Model itu dijual pada harga RM1,499 seunit dan sudah boleh didapati di semua penjual sah Acer di seluruh negara dan orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan 'Why Not Win a Mazda 3?' yang sedang berlangsung serta pelbagai hadiah menarik apabila membeli produk terpilih yang menggunakan Intel.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar