Selasa, 30 Juni 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Kanak2 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal

 



 

Ibu Kandung Dedah Serah Nur Zuliana Sebagai 'Syarat' Cerai Dengan Suami

 

KOTA BHARU: Ibu kandung kepada kanak-kanak yang didera Nur Zuliana Zaara Zulkifli mendedahkan dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada suami sebagai syarat penceraian mereka pada 2013 yang lalu.
 
Sana Abdul Malek memberitahu punca penceraiannya dengan suaminya itu kerana sudah tidak tahan menjalani kehidupan berumah tangga.

"Saya tak tertanggung lagi untuk menjalani kehidupan dengannya; Saya terpaksa memberikan anak perempuan saya kepadanya sebagai syarat untuk bercerai," kata wanita keturunan Thai-Muslim yang menetap di Pasir Mas, sepertimana memetik laporan mStar.

Malah keputusan menyerahkan Nur Zuliana juga adalah perjanjian peribadi diantaranya dan suami, sekaligus bukan perintah mahkamah.

Doktor sebelum ini mengesahkan Nur Zuliana cacat kekal selepas mendapati 13 tulang kanak-kanak berkenaan telah patah akibat didera. -Siakapkeli.my

 

Kanak-Kanak 5 Tahun Mangsa Dera Disahkan Alami Kecacatan Kekal Dan Trauma Teruk



KOTA BHARU: MAngsa dera ibu tiri, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, disahkan oleh pihak hospital telah mengalami kecacatan kekal selepas mengalami patah 13 tulang termasuk tulang belakangnya kerana didera oleh ibu tiri.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kecacatan yang dikesan dihadapi oleh Zuliana ialah bongkok kerana masalah tulang belakang dan tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, kecacatan ini berlaku kerana mangsa tidak pernah menerima sebarang rawatan sejak daripada awal sebaliknya dibiarkan sembuh sendiri kira-kira enam bulan lalu.

"Terdapat 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan."

"Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

"Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya," katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Zuliana dipercayai telah didera oleh ibu tirinya semasa tinggal di rumah bapanya di Rantau Panjang dan kejadian ini disedari oleh ibu kandungnya selepas cuba mengambil Zuliana.

Mangsa juga dibiarkan tanpa mendapat rawatan setelah didera setelah tinggal dengan bapa dan ibu tirinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Ghazali lagi, usaha untuk merawat Zuliana  yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud sedikit mengalami kesukaran selepas kanak-kanak malang itu kini dalam keadaan truma yang teruk.

Dia dikatakan mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya telah susur sebanyak 15 kilogram iaitu bersamaan dengan berat budak 3 tahun.

"Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan," katanya. - Siakapkeli.my
 
 

Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari



Pasir Mas: Sepasang suami isteri yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini telah ebrjaya ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini yang merupakan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak malang berkenaan berusia 39 dan 25 tahun telah berjaya ditahan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa telah mengeluarkan perintah tahanan reman kepada mereka selama 4 hari bermula khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak ini telah didera oleh ibu tirinya selepas sehingga patah tulang belakang, kurus kering dan terdapat parut dan luka seluruh badan selepas di ambil oleh ibu kandungnya di rumah bapa kanak-kanak tersebut di Rantau Panjang.- Siakapkeli.my
 
 

Kes Kanak-Kanak 5 Tahun Didera : Polis Kelantan Giat Buru Bapa Dan Ibu Tiri



KOTA BHARU: Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun didera ibu tirinya, pihak polis kini giat mengesan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan yang masing-masing berusia 40 dan 25 tahun itu dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Thailand.

Sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk menangkap pasangan suami isteri itu.

"Kecederaan mangsa  serius dan kita jalankan siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan kita akan jalankan tangkapan kepada penjaga dia iaitu bapa dan ibu tirinya.

"Buat masa ini kita sedang buru mereka.  Kita pandang serius kes ini kerana kes penderaan menyebabkan kanak-kanak ini tidak seperti kanak kanak lima tahun kerana tidak bagi makan dan seluruh tubuh ada kecederaan sampai ke kepala," katanya memetik laporan Astro Awani.


Mazlan terlebih dahulu mengadakan lawatan ke atas kanak-kanak berkenaan di wad pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II siang tadi.

Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin berusia 5 tahun dilaporkan telah mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didera oleh ibu tirinya.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.

Nur Zuliana dijaga oleh ibu tirinya selepas bapa dan ibu kandungnya berpisah sejak 2013.

Mazlan dalam pada itu memberitahu berat badan mangsa susut dipercayai tidak diberi makan, malah badannya juga dipenuhi kecederaan lama dan baru.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. -Siakapkeli.my

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar