Selasa, 05 Mei 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia [2 Attachments]

 
[Attachment(s) from -:eSpAcE9808:- included below]



Rakaman CCTV: Bukan enam tapi lapan Myvi terlibat?

bloglist-malaysia.blogspot


Punca kemalangan maut me­libatkan tiga sekeluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), semalam yang menarik perhatian masyarakat Malaysia ter­utama di laman sosial masih menjadi misteri.

Dalam perkembangan terbaharu hari ini, muncul rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 31 saat yang bukan hanya menunjukkan enam tetapi lapan buah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju.

Dalam rakaman yang diambil di Plaza Tol Ayer Panas, Setapak itu turut kelihatan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki ketiga-tiga mangsa iaitu Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, serta isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa .

Bagaimanapun, rakaman CCTV milik syarikat konsesi Lebuh Raya Duke yang menjadi viral di laman sosial itu tidak menunjukkan lokasi kemalangan tersebut berlaku.

Polis yang belum mengesahkan kesahihan rakaman CCTV itu hari ini memberi jaminan, sekiranya rakaman tersebut benar, pasukan tersebut akan mengambil tindakan tanpa prejudis.

Sehubungan itu, dua lagi pemandu kereta Perodua Myvi yang kelihatan dalam rakaman CCTV berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, keluarga mangsa mengharapkan siasatan telus dan adil bagi membela nasib dua anak mangsa, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam tragedi berkenaan.

Mereka turut disokong oleh para pengguna laman sosial yang menya­takan tanda simpati sehingga ada yang membuka akaun Facebook. Tidak kurang juga menghentam pemandu-pemandu Perodua Myvi terlibat yang digelar mereka sebagai '6 Jahanam', pembunuh dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain berkata, pihaknya dalam proses meneliti rakaman CCTV tersebut bagi memastikan kesahihannya selain memanggil pihak yang menyebarkannya untuk membantu siasatan.

"Jika benar CCTV itu, kita akan berusaha mengesan dua lagi pemandu tersebut dengan apa cara sekali pun.

"Video itu mula tersebar dan menjadi viral hari ini di beberapa laman sosial seperti Facebook serta beberapa blog," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Nazri memberitahu, enam pemandu Perodua Myvi termasuk dua yang ditahan semasa kejadian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

"Kita telah merekodkan 11 ke­terangan daripada saksi termasuk enam pemandu Perodua Myvi tersebut. Kenderaan yang terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurut Nazri, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum menghantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, turut menjadi viral di laman sosial ialah dakwaan mengenai salah seorang pemilik wanita kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut mempunyai 11 saman trafik tertunggak berjumlah RM1,930.
 

Enam Pemandu Berlumba di atas DUKE, 3 Maut Termasuk Bayi Berusia 6 Bulan

Foto Facebook Shafiq Rosli

Sebuah kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri serta bayi mereka yang berusia enam bulan telah berlaku di lebuh raya DUKE menghala ke Damansara kira-kira jam 12.30 malam semalam.

Kejadian itu berlaku berpunca daripada enam buah keereta jenis Myvi yang sedang berlumba sesama mereka dan salah sebuah telah terlanggar kereta  Pajero.
 
Perlanggaran tersebut telah mengakibatkan Pejero tersebut terbalik, manakala penumpangnya tercampak keluar.

Menurut laporan Astro Awani, Difahamkan, tiga orang maut iaitu pasangan suami isteri dan bayinya yang berusia enam bulan. Lebih malang lagi apabila pasangan tersebut telah meninggalkan dua orang lagi anaknya yang masih kecil. — sumber

Gambar keluarga mangsa bersama dua orang lagi anakya yang masih kecil


 
 

Video Tangisan Sayu Anak Kecil Kehilangan Ayah Dan Ibu Akibat Kecuaian Kumpulan Pemandu Myvi Yang Berlumba

bloglist-malaysia.blogspot


Hari ini kita digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati yang mana sepasang suami isteri serta bayi mereka yang berusia enam bulan maut dalam sebuah kemalangan di lebuh raya DUKE.

Kejadian yang berpunca daripada enam buah kereta jenis Myvi sedang berlumba telah mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen mengutuk teruk aktiviti pelumba-pelumba kereta terbabit yang mana telah mengakibatkan kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa orang yang tidak bersalah.

Lebih menyayatkan hati lagi pasangan berkenaan meninggalkan dua orang anak yang masih kecil.

Dalam kejadian membabitkan 6 buah kereta produa myvi dan sebuah pajero. Diberitahu sumber mengatakan 6 buah perodua myvi berlumba secara haram di lebuh raya duke dari arah Damansara dan salah sebuah daripadanya melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa kereta pajero tersebut tercampak keluar dari kereta.

Pasangan Suami isteri bernama Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur

Kejadian tersebut berlaku ketika  pajero yang dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri - Kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan

Jesteru itu "Mengakibatkan Pajero tersebut berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.

Manakala di kejadian yang sama pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL. dan sebuah lagi Myvi yang memandu di lorong sebelah kiri tidak mengalami sebarang kecederaan

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957
 
 


Hahaha.. Habis serba serbi nak guna kabel dah. Hang ingat puteri umno bebas langgar peraturan ke?

Mereka semakin panas dah. Kelab jahanam!
 
 

Luahan Hati Dan Rayuan Adik Mangsa Kemalangan Ragut Tiga Nyawa di Atas DUKE

bloglist-malaysia.blogspot

Semalam adik mangsa melalui laman Facebook miliknya telah membuat satu luahan apabila terkenangkan nasib dua orang anak buahnya yang merupakan anak pasangan suami isteri yang terkorban tersebut.

Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, yang merupakan adik bongsu mangsa memberitahu abang, kakak ipar dan anak mereka telah selamat dikebumikan petang semalam dan secara tidak langsung dua orang anak meninggalkan dua orang puteri di bawah jagaannya.

Beliau memberitahu mahu nasib anak-anak buahnya yang sudah tiada ibu bapa itu terbela kerana mereka masi kecil dan perlu ditanggung.

"Semalam, anak sulung arwah, Firuza Amira telah menyaksikan laporan berita kemalangan yang melibatkan ibu bapanya di televisyen menyebabkan dia menangis dan meluahkan segalanya kepada saya."

"Sekarang sayalah tempat dia mengadu sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman untuk menjaga anak dan kini mereka sudah manjadi anak yatim piatu."

"Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan diatas pemergian ayah dan ibu dia?, saya telah diamanahkan menjaga mereka dan juga syarikat milik arwah," luah beliau.

Oleh sebab itu beliau merayu kepada admin kelab Myvi tersebut supaya segara menghubunginya untuk berunding.

"Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuh oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya. Mohon kepada Admin Club Myvi yang terlibat tampil untuk berunding dengan kami," tulis Faiz malalui laman Facebooknya.


- siakapkeli
 
 

Pemandu Wanita Terlibat Lumba Haram Yang Mengorbankan 3 Sekeluarga Ditahan Polis

bloglist-malaysia.blogspot


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu wanita telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan sama ada enam buah kereta Perodua Myvi yang berlumba (haram) di lebuh raya Duke malam semalam terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia enam tahun.

Menurut saksi, FAiruz Nizam Husain, 35, maut serta merta di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi perempuan mereka, Nur Fizura Annisa, meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan yang berlaku pada jam 1.05 pagi Sabtu.

Sebuah kereta Myvi di lorong kanan melanggar Pajero Fairuz yang berada di lorong tengah menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

Fairuz yang hilang kawalan menyebabkan Pajero yang dipandunya berpusing beberapa kali dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Seorang pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi pemandu Myvi, Mohammad Fizal Reza Jamaluddin, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lapor portal Rakyat Post, pemandu wanita terbabit telah ditahan manakala beberapa pemandu Myvi yang lain telah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Pemandu wanita terbabit ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tiga buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat di atas pemanduan secara melulu.

Difahamkan, Fairuz dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka di Putrajaya.

Menurut saksi, beberapa buah kereta Myvi dipandu dengan laju di lebuh raya Duke ketika sebuah Myvi berlanggar dengan Pajero yang dinaiki mangsa sekeluarga dan hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta Myvi di lorong pelahan yang menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.

Jenazah Fairuz, isteri dan anaknya dituntut oleh waris keluarga untuk pengebumian semalam. Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3.
 
 
CCTV Bukti 6 Buah Myvi Berlumba Di Lebuhraya Duke
Assalamualaikum, di bawah merupakan video perlumbaan FMC club yg meragut 3 nyawa di duke kelmarin. Pada saat ke 17 mungkin itu adalah kereta arwah.

 
 
 
6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia
 
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.
 
Assalamualaikum, kemalangan maut berlaku jam 12-1 pagi (lebih kurang) , 2 Mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara. Kejadian berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yangberlumba sesama mereka dan telah melanggar sebuah Pajero Sport yang menyebabkan Pajero itu terbalik dan penumpang tercampak keluar. Dikhabarkan satu pasangan (lelaki dan perempuan) dan anak beliau (bayi berusia 6bulan) meninggal dunia. (Mangsa Pajero Sport)


Mohon sesiapa yang kenal 5 buah Perodua Myvi (1 dah kene tahan) dari Myvi Familia Club yang terlibat dengan insiden untuk serah diri ke Balai Polis berhampiran











avatar
Anonymous

Kebanyakan pemandu myvi memang babi.

Anonymous

bukan setakat babi..pemandu2 myvi memang haram jadah..mereka ingat myvi tu hebat sgt ke....

Haramkan semua performance upgrade dan kelab kelab kereta
 
avatarAnonymous
Apabila berok, ungka, kera dan chimpanzee memandu myvi dan berlumba haram di jalan raya, akibatnya adalah sangat buruk ! Kita amat berharap polis segera menangkap dan mendakwa pelumba-pelumba haram yang telah menyebabkan kematian tiga orang yang tidak bersalah dan dua kanak-kanak menjadi anak yatim. Berok, ungka, kera dan chimpanzee hanya layak tinggal dalam zoo sahaja supaya mereka tidak membahayakan orang ramai.
 
Anonymous
apabila pemantauan tidak kerap cam tu la jadinya...elok bawak kereta kebal langgar aje babi-babi yg bawak myvi tu..hanjing punya babi!!
 
Anonymous
Semua pemandu myvi tersebut harus didakwa dengan jenayah bunuh sebab tindakan mrk menyebabkan kematian mangsa mangsa yg tak terlibat langsung dgn aktivviti haram mrk
 
aku bukan anti myvi, tapi hakikatnya kebanyakkan myvi yang aku tengok atas jalan memang semua bawak laju. mostly yang bawak tu anak muda. yang tah belum baligh ke aku pun tak tau. tapi memang dah lama aku perhati myvi myvi atas jalan ni. tak semua myvi yang bawak cibai tapi mostly memang bawak kalau boleh nak cecah 200km/h. aku tau la myvi "laju". tak payah la nak bawak mcm samseng atas jalan. aku kalau jumpa myvi tak berhemah ni memang aku bagi je. sory kepada semua yang bawak myvi. aku tak menyalahkan korang semua, tetapi kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. so jual la myvi korang beli kereta lain. sebab aku mmg pantang tengok myvi atas jalan. yang bawak okay tu bagus. yang mostly bawak mcm sial tu kirim salam lah. kalau aku nampak atas jalan mmg siap.
 
Setuju!!aku pn heran la bangang2 ni bwk myvi mcm fisrt time dpt audi,xde akal langsung..aku bwk myvi my sis pn 100km je dh gegar weh ni kn lbh dr tu..mmg mudah ilang kawalan kl laju,sedey tul tgk ank2 mangsa,aduhaiii..mnusia2
 
Dulu abg aku koma, icu sampai jadi oku sekarang. Sebab budak2 yang baru nak up macam ni berlumba jugak. Tapi budak2 yang melanggar abang aku tu pun masih berleluasa kat luar tu, siap di backup famy, sebab undang2 malaysia ni tak tau la ikut birokrasi mane
 
+MrMoufyiedarz masyaallah... hukuman dunia... mmg x adil... :/
Takziah sangat saya ucapkan. Semoga mangsa dimasukkan ke syurga.
Budak2 baru nak naek..gian stereng...belum merasa kena pd diri sendiri atau pada ahli keluarga dorang.....
Brand apa diaorg bawak x penting. Yg problem ye pengguna jalan raya yg guna jalan raya macam bapak diaorang yang punya. Berlumba bagai. Akibatnya nyawa orang tak berdosa melayang.
bawak myvi je pon nak race acah2 bawak lambo.. driver myvi ni memang ****
Say no to MyVi...wadafak..
Al-fatihah..semoga mangsa di tempatkan bersama org yg beriman...
Takziah kepada keluarga bekenaan.. smoga org yg menyebabkan kemalangan tersebut mendapat balasan.. amin... kalau nak belumba pergi sepang or airport.. xpayah nak blagak atas jalan raya yg public guna.. zzz.. kalau nyawa korang hilang xpa. Ni nyawa org xbsalah yg hilang... renung2 lah kawan..
Now everybody hates myvi fakkkk
Budak myvi yg bawak kereta smp membawa kematian keatas keluarga ini budak myvi sakai mcm baru dpt kereta kalo nak berlumba pon pergilah litar lumba apalah bangang bin bahlol ini bdk myvi
 
Kalau naj kutuk or rase tak puas hati jangan luahkan kat sini senang cari (familia myvi) dalam fb kutuk kat situ baru diaorg tahu ramai tak puas hati dengan geng diaorang nak berlumba pikir dah laju ape myvi diaorg tu |
Geng myvi ni mmg suka berlumba.. saya dah 2x hampir terkena kat duke.... bawa laju2 zig zag mencilok.. patut diaorg ni hukum gantung je.. bawa myvi ego mengalahkan bawak lambo.. puihh..
nmpak rembat je rmai2...
Cari budak2 familiar club...pas tu rembat...
Kesian kereta myvi yg lain yg x bersalah
semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman,,serta selalu dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT Aamiin_
Bavilh kau budak myvi ni,Aku lnggar korang dgn lori samph lg bguskan?wtf
Hei...geram betul. Kalau boleh nak langgar je diaorang ngan treller sampah. Biar mereka pulak rasa...azab.perit tapi tak mati. Padan muka.
pengaruh fast 7 nih.. kunun2 nk jd toretto la tuh.. ni lah org malaysia.. berangan byk sgt.
Masih belum ditangkap ke semua yg berlumba tu?
Fuck off geng myvi.

__._,_.___

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:- | View attachments on the web

2 of 2 File(s)


Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar