Senin, 27 April 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Rungutan pemandu teksi dengan beban GST

 



GST PUNYA PENANGAN ... PAPAN IKLAN ELEKTRONIK PUN KENA GODAM.

Posted by OMAK KAU!!!

 

Punyalah rakyat berang dan bengang dengan penangan GST sampaikan papan iklan elektronik pun kena godam ... SEKSYEN 13 MAKAN MAHAL KAPITALIS.

Perkara sebegini tidak sepatutnya dilakukan sebab sudah melanggar undang-undang tetapi jika dilihat pada suatu sudut lain ianya lebih merupakan maklum balas rakyat tentang pelaksanaan GST kesan dan impaknya kepada rakyat marhean.

 

Rungutan pemandu teksi dengan beban GST

bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com
 
Semalam pergi hantar kereta Toyota Hilux servis di Shah Alam. Temujanji pukul 10 dan Toyota service centre sendiri yang call bertanya samada kereta itu dah cukup tempohnya untuk diservis.

Menerima panggilan daripada Toyota Servis Centre adalah satu perkara baru. Selama lebih dari setahun telah menggunakan khidmat servis centre yang sama sejak dari mula beli kereta pickup tersebut, itulah kali pertama mereka buat panggilan.

Selama ini saya sendiri yang terlaksa telefon minta di masukkan dalam jadual tempahan untuk hantar kereta servis. Toyota servis centre itu sentiasa penuh dari pagi sampai petang. Kalau sengaja nak walk-in membuta tulis memang tak dapat.

Teringat pada rungutan semua kawan-kawan yang jalankan perniagaan bengkel kenderaan. Mereka semua merungut bahawa hasil jualan perniagaan merosot teruk sejak GST di kuat kuasakan. Hampir semua orang kata begitu.

Malah, sebelum itu, ketika pergi hantar servis kereta Nissan di Nissan Servis Centre, kelihatan tempat itu sunyi dan kosong. Saya buat panggilan untuk tempah jadual servis, dan mereka kata boleh datang terus walk in sebab ada anyak kosong. Bila tanya pada servis consultant kenapa sunyi... "sebab GST !" jawabnya pendek.

Semua merungut beban GST

Samada betul atau tidak, alasan penurunan hasil jualan kebanyakan perniagaan sekarang berpunca daripada rakyat risau dengan beban GST, tidak dapat dikenal pasti. Rakyat kita lebih pegang persepsi berbanding fakta statistik. Amat sukar nak ubah perangai sebegitu.

Bersambung pada kisah saya hantar kereta Toyota Hilux di atas tadi. Sesampai di sana, nampak macam biasa kemeriahan orang ramai pergi hantar servis kenderaan Toyota mereka. Rasanya hasil jualan servis centre itu masih kekal macam biasa.

Mungkin mereka lebih bertindak bijak awal dengan membuat panggilan peringatan pada semua pelanggan setia dan tak setia mereka. Bila dah kena peringat, mahu tak mahu pergi hantar servis juga. Macam kes kereta Hilux saya, dah terlajak lebih seribu kilometer. Jadi bila tahu ada kosong terus saja hantar.

Bagi perkara yang wajib, samada ada GST atau tidak pengguna tak ada pilihan lain. Macam servis kenderaan atau baiki kenderaan yang rosak. Samada anda suka bayar GST atau tidak suka, kena dapatkan perkhidmatan baikpulih juga di bengkel kenderaan. Jadi tak timbul masalah hasil jualan menurun sebab GST. Itu pendapat saya.

Pemandu teksi merungut beban GST

Setelah kereta dilepaskan pada Toyota Servis Centre, saya keluar ke kawasan deretan kedai makan tak jauh dari situ. Perut rasa lapar sebab masih belum sarapan pagi. Saya masuk sebuah kedai makan dan belasah Lontong.

Niat di hati nak berjalan kaki saja balik ke pejabat dari Seksyen 15 Shah Alam sampai ke Pusat Perniagaan Worldwide di Seksyen 13 Shah Alam. Boleh bersenam sambil makan angin sepanjang jalan. Tapi bila nak keluar saya lihat ada sebuah teksi depan restoran, datang otak malas.

Saya masuk ke dalam semula dan perhatikan semua pelanggan di dalam kedai makan itu. Terlihat sebuah meja dengan dua orang lelaki seorang berbangs aIndia dan seorang lagi Melayu. Saya teka mungkin salah seorang dari mereka merupakan pemilik teksi di depan kedai makan itu.

Tak salah tekaan saya bila lelaki India itu mengaku bahawa itu teksinya. Saya minta dia hantar saya ke Worldwide dan dia kata boleh selepas selesai dia minum dan makan dengan rakannya itu yang juga seorang pemandu teksi. Saya duduk semula, minta secawan Teh O dan tunggu pemandu teksi bersedia.

Tak mampu menabung akibat GST

Bila pemandu teksi berbangsa India itu sedia untuk berangkat, saya segera buat bayaran minuman dan terus ikutnya masuk dalam teksi. Duduk di bangku belakang dan teksi terus bergerak perlahan menuju ke destinasi.

Macam biasa saya terus temubual pemandu itu apa kesan GST pada perkhidmatan teksinya. Dia menjawab dengan tenang tak ada apa-apa kesan terhadap hasil jualan. Pendapatannya masih sama macam sebelum kena GST.

Wah! cool saja pemandu teksi ini!, kata saya dalam hati sebab dia tak melompat marah terus macam pemandu teksi lain yang saya jumpa. Saya cuit lagi degan berkan maklumat mengatakan semua orang merungut hasil jualan turn dalam kebanyakan perniagaan akibat beban GST, sedangkan dia ok saja!.

Dengan perlahan dia mula berikan maklumat terperinci. Dia kata kos sewa beli teksinya adalah seanyak RM52 sehari dulu, sekarang disebabkan GST dia terpaksa buat bayaran sebanyak lebih kurang RM55.10 Ertinya ada peningkatan sebanyak RM3 sehari. kalau sepuluh hari daj jadi RM30, sebulan dah jadi RM90. Gedebuk gedebak dah hampir RM100 kos penambahan akibat GST.

Pemandu teksi itu semakin laju memberikan penerangan. Dia nampaknya makin ghairah dan bersemangat untuk kongsikan rungutan terhadap bebanan GST. Tambahnya lagi, dulu dia perlu bayar broadband sebanyak RM110 sebulan, dengan GST sekarang dia terpaksa bayar RM116.60. Dah ada penambahan kos RM16.60

Dia juga bayar astro, bil elektrik, dan lain-lain bil. Kesemuanya naik dan ada kos tambahan. Ringkasnya dulu semua kos tambahan itu masuk dalam tabung simpanannya untuk masa susah. Tapi akibat GST, dia sudah tidak boleh manabung lagi. Memang GST membebankannya.

Dia kutuk sebab Menteri CGPA 3.85 kata GST hanya untuk orang kaya, "Tapi saya bukan kaya bang !" jerit pemandu teksi itu lagi. Saya mula rasa ngeri bila dia bersemangat lebih dari waktu awal saya mulakan perbualan.

"Kita bayar GST tarak masalah bang, tapi apa dia buat sama itu wang GST?", satu lagi persoalan dikemukakan pada saya oleh pemandu teksi tersebut.

"Apa pasal dia mahu beli itu satu lagi jet ?", tanya pemandu teksi itu lagi.

Saya diam mendengar semua persoalan yang dikemukakan oleh pemandu teksi itu. Mungkin dia dapat semua berita itu dari sumber internet. Sebab kalau dalam media utama tak ada sangat kesemua persoalan yang dikemukakannya.

Nasib baik dah sampai. Saya rasa lega dan keluarkan RM8 untuk diberikan pada pemandu teksi itu lalu ucapkan terima kasih padanya. Sekian kemas kini rungutan pemandu teksi dengan beban GST.

Apa pendapat anda pula...?

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar