Senin, 06 April 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Siapa Aidana Baizieva ??

 



 

Adiana Baizieva rupanya rakyat Kyrgyzstan dan dituntut keluarga

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted by mountdweller

Mayat Adiana Baizieva Dituntut Adiknya Bersama Pegawai Kedutaan Kyrgyzstan

 

Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut.

Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu. Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika. "Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. - mstar

LAPORAN GB SEBELUM INI

Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

"Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa," kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.

 

Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier. - sumber GB

comments:

Anonymous said...

Bagitu mudah sekai rakyat asing masuki malaysia hingga mati baru dapat dikesan hinggakan pengenalan diri pun tidak dapat dikesan darimana kedatangan mereka.Malaysia oh malaysia negara ku.

Asrul Sani said...

Jeng jeng jeng...cepat save kan rekod kemasukan di Imigresen kang hilang pula tiba-tiba....

Anonymous said...

Jangan ada ganbang dalam heli tu dah le

Anonymous said...

Minah ni duduk depan ke duduk belakang. Aku rasa yang duduk sebelah pilot tu mungkin pengawal peribadi JJ.

Anonymous said...

Malaysia semua boleh...sorok2 pun x per..hehehe..

Anonymous said...

Malaysia..malaysia...nak buat apa pun semua boleh..dulu mongolia..ni..tan ..tan..pulak..hehe..

Malaysiabaru said...

Escort Service pulak mat salih kapir harbi customer umno

Anonymous said...

INI PUN BAHAN PENYEDAP JUGA KOT MACAM AL TANTUYA DAH BUNTING NAK KENA BUNUH PULAK LE.PUAK NI PUNGUNG PUN DIRABA APA NAK HH JADI DUTA DI AMERIKA PULAK TUAIRAN NAJIB BOLE

 

WANITA BERNAMA AIDANA BAIZIEVA YANG TURUT TERKORBAN NAHAS HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH SABTU LALU DISAHKAN KEDUTAAN KYRGYZSTAN ADALAH WARGANEGARA KYRGYZSTAN.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan identiti wanita bernama Aidana Baizieva, mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu, merupakan rakyat negara berkenaan.

Ketika dihubungi di sini, pejabat kedutaan berkenaan memaklumkan pegawainya bersama kakak Aidana hadir ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah wanita tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke negara asal atau tidak.

Menurut rekod kedutaan, Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan telah berada hampir setahun di Malaysia.

Kakak Aidana yang menaiki kereta Vios dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.

Kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, sebuah kereta milik pejabat kedutaan Kyrgyzstan tiba Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sebelum sebuah lagi kereta tiba dua minit kemudian.

Pada pukul 1 petang, kereta model Toyota Vios yang dinaiki oleh kakak Aidana dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.

Sebelum ini, lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing.

Keluarga mendiang Kapten Fournier, yang berasal dari Minnesota dan bekerja di negara ini sejak 20 tahun lalu sudah disahkan oleh pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara akan tiba hari ini bagi mengecam dan menuntut mayatnya.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Dato' Seri Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat orang lagi terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

 

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar

bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.blogspot
 

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar. Setelah lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok, identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.

Ketika berita ini ditulis, difahamkan belum ada mana-mana pihak tampil menuntut jenazah seorang wanita yang dikatakan pembantu juruterbang, dikenali sebagai Aidana Baizieva berdasarkan senarai dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

"Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa," kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.

Semalam media tersilap melaporkan seorang wanita dalam sekeping foto bersama Kapten Fournier yang tersebar menjadi viral di laman media sosial sebagai Aidana.

Bagaimanapun, wanita sebenar dalam gambar itu tampil menafikannya.

Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar.

Portal New Straits Times (NST) Online melaporkan, wanita dalam foto itu sebenarnya adalah Dzuriasikim Dzulkefli, yang tampil membuat penafian beliau adalah Aidana.

"Saya amat terkejut ada orang yang tidak bertanggungjawab telah 'mengistiharkan' saya mati hanya kerana gambar saya bersama juruterbang Clifford William Fournier dalam helikopter," kata Dzuriasikim seperti yang dilaporkan NST Online.

Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang paling awal dituntut akan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara petang ini, manakala jenazah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana Impian, Batu 13 juga petang Ahad.

Jenazah anggota polis Koperal Razkan Seran, iaitu pengawal peribadi Jamaluddin pula sudah diterbangkan ke Sabah untuk disemadikan di kampung halamannya, Tuaran.

Sementara itu mayat mendiang ahli perniagaan, Ketua Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seng pula akan dibawa pulang ke Kedah selepas menjalani upacara penghormatan terakhir dan pembakaran di Xiao En Si, Nilai Memorial Park.

Identiti mayat Kapten Fournier pula telah disahkan oleh wakil kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, yang memaklumkan mayat juruterbang itu akan dituntut keluarganya yang akan tiba di Malaysia esok.

Fournier yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat telah berkerja di negara ini sejak 20 tahun lalu.

Persoalannya sekarang, siapa Aidana Baizieva?


Status Aidana Baizieva masih misteri? 
HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri. 
Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. 
Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut. 
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. 
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai 'tidak diketahui'. 
Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.
 


Rakan Tuntut Mayat Aidana


KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.
 
 
 

Tragedi Semenyih: Yang Keliru Dan Yang Sebenar....

bloglist-malaysia.blogspot.
dialograkyat.blogspot

 Terdapat beberapa kesalahan dan kekeliruan yang berlaku berkenaan dengan nahas helikopter yang telah menyebabkan enam orang terbunuh semalam.

Pertama ialah Robert Tan. Maklumat yang beredar semalam menyatakan mangsa ialah Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng. Sebenarnya bukan.

Menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai bahawa itu (yang terkorban) bukan Robert Tan Chung Meng yang kini masih hidup dan berada di Australia.

Yang menjadi mangsa nahas semalam ialah seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.

Yang kedua ialah pembantu juruterbang yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. Foto yang banyak beradar semalam sebenarnya bukan foto beliau tetapi foto milik Dzuriasikim Dzulkefli.

Dzuriasikim berkata beliau mengetahui mengenai identiti foto yang salah pada kira-kira 7:00 malam tadi apabila beliau menerima panggilan dan mesej daripada rakan-rakan dan keluarga yang bertanya.

"Mereka memberitahu saya gambar saya dengan Cliff telah tersalah anggap dan bahawa ia telah menjadi viral pada beberapa laman rangkaian sosial dan kumpulan Whatsapp" katanya.

Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

"Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa," kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.

Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap.

Ketiga ialah pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis iaitu Mohd Razkan Seran, pengawal peribadi Datuk Jamaluddin Jarjis yang turut terbunuh. Namanya sebelum ini jarang kedengaran.
Sabariah Jili,69, menunjukkan gambar anak bongsunya, arwah Razkan Seran yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih ketika ditemui di kediamannya di Tuaran, Ahad. -mstar

Beliau berasal dari Tuaran Sabah.

Menurut sepupunya, Marnis Sijan, isteri dan dua anak Razkan yang berusia dua serta enam tahun berada di HKL untuk menuntut jenazah Razkan.

Marnis berkata, sudah 10 tahun Razkan bertugas sebagai pengawal peribadi.
 
 

Siapa Aidana Baizieva yang turut terbunuh dalam nahas Helikopter itu?

bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
 
Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak dapat mengenalpasti mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu.

Jurucakap HKL memberitahu, siasatan ke atas ke atas mayat berkenaan masih lagi dijalankan pada ketika ini. Menurutnya, HKL masih lagi menunggu laporan penuh daripada pihak polis dan Jabatan Perubatan Forensik.

"Ketika ini status mangsa keenam tersebut masih belum dikenalpasti dan sedang dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada mayat tersebut merupakan milik Aidana Baizieva, jurucakap tersebut memberitahu HKL tidak dapat mengesahkannya lagi.

Jurucakap berkenaan mengesahkan kedutaan Kyrgyzstan datang ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL pagi ini.

Jelasnya, kesemua mereka yang datang merupakan wakil kedutaan dan bukannya waris kepada Aidana Baizieva.

"Wakil kedutaan tadi datang untuk membantu proses siasatan pihak polis," ujarnya.

Pagi tadi, Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan identiti wanita bernama Aidana Baizieva, mangsa terakhir nahas helikopter yang terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu, merupakan rakyat negara berkenaan.

Ketika dihubungi di sini, pejabat kedutaan berkenaan memaklumkan pegawainya bersama kakak Aidana hadir ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses pengecaman dan tuntutan jenazah wanita tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke negara asal atau tidak.

Menurut rekod kedutaan, Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan telah berada hampir setahun di Malaysia.

Kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, sebuah kereta milik pejabat kedutaan Kyrgyzstan tiba Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sebelum sebuah lagi kereta tiba dua minit kemudian.

Pada pukul 1 petang, kereta model Toyota Vios yang dinaiki oleh kakak Aidana dilihat keluar daripada perkarangan dan enggan memberi sebarang reaksi ketika ingin ditemubual oleh pemberita.

Sebelum ini, lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing.

Keluarga mendiang Kapten Fournier, yang berasal dari Minnesota dan bekerja di negara ini sejak 20 tahun lalu sudah disahkan oleh pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara akan tiba hari ini bagi mengecam dan menuntut mayatnya.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat orang lagi terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang lapor RakyatPost


.... Dalam pada itu Utusan Malaysia juga melaporkan status wanita yang bernama Aidana Baizieza itu masih misteri..

HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri. 
Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. 
Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut. 
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. 
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai 'tidak diketahui'.

Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.

mStar pula melaporkan rakan Wanita malang itu telah hadir untuk menuntut mayat Aidana..


KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana Baizieva.

Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat. Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya. Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.

Persoalannya sekarang... Siapa Aidana Baizieva??

Comment
 
 
Sebenarnya Helikopter itu telah meletup di ruang udara akibat perbuatan kianat. Saksi melaporkan mereka terlihat letupan berlaku sebanyak 2 kali sebelum helikopter itu jatuh terjunam.

Sumber: http://news.asiaone.com/news/malaysia/security-gu...

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar