Kalau ibu bapa kena penjara, siapa nk jaga anak2?
On 09/09/2014 12:15 AM, '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] wrote:
>
>
>
> _Ibu bapa boleh dipenjara sepuluh tahun cuai jaga anak_
>
> Harian Metro <https://my.news.yahoo.com/www.hmetro.com.my>Harian Metro
>
> * Kuala Lumpur: Masyarakat dari semasa ke semasa sering dikejutkan
> dengan berita kematian kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian
> oleh ibu bapa sama ada di rumah atau kenderaaan.
>
> tentulah ibu bapa mempunyai alasan tersendiri untuk membiarkan anak-anak
> mereka, tetapi amalan sebegini seboleh mungkin perlulah dielakkan.
>
> Menurut Pensyarah Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak
> Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal,
> kanak-kanak yang dibiarkan bersendirian sememangnya boleh melakukan
> aktiviti berbahaya sehingga boleh membawa maut.
>
> Oleh itu, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk
> melindungi anak-anak mereka dalam apa keadaan sekalipun.
>
> "Ibu bapa perlu mempunyai naluri keibubapaan dengan sentiasa
> mempersoalkan kewajaran tingkah laku mereka sama ada ia mampu melindungi
> keselamatan anak-anak mereka," katanya.
>
> Noor Aziah yang juga Ahli Majlis Penyelaras Perlindungan Kanak-Kanak
> Malaysia, berkata kebanyakan kes kematian kanak-kanak yang dilaporkan
> media kebelakangan ini adalah disebabkan kecuaian orang dewasa sama ada
> pengasuh mahupun ibu bapa.
>
> "Tiada kanak-kanak yang sepatutnya mati akibat perbuatan ibu bapa mereka
> sendiri dan tidak ada ibu bapa yang mahu menanggung kesengsaraan dan
> kesedihan kerana tidak sengaja menyebabkan kematian anak mereka," katanya.
>
> Sehingga ini, lima kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian ibu bapa
> dilaporkan yang antaranya membabitkan kanak-kanak yang ditinggalkan
> hampir sembilan jam dalam kenderaan dan terjatuh dari flat.
>
> Dari segi perundangan, Noor Aziah menjelaskan kanak-kanak di Malaysia
> diberi perlindungan khas dan dikawal di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
>
> "Akta ini turut memperuntukkan hukuman ke atas pihak (termasuk ibu bapa)
> yang cuai, abai atau menganiaya kanak-kanak atau menyebabkan kanak-kanak
> cedera, mati atau mendedahkan mereka kepada risiko yang menyebabkan
> kecederaan dan kematian," katanya.
>
> Noor Aziah berkata ini bermakna ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh
> didakwa di mahkamah dan sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh
> didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
>
> Sehubungan itu beliau menyambut baik cadangan untuk meminda Akta
> Kanak-Kanaak 2001 seperti yang dinyatakan Menteri Pembangunan Wanita,
> Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertujuan
> mengenakan hukuman lebih berat terhadap ibu bapa yang cuai menjaga
> keselamatan anak. -Bernama
>
>
Posted by: MHZ <cekelatgetah@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (2) |
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar