Minggu, 16 Maret 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Salmonela pasar malam

 



 
----- Original Message -----
 
Subject: FW: Salmonela pasar malam

  Salmonela pasar malam

AYAM yang terdedah dan tidak disimpan di bawah suhu sepatutnya mudah terkena bakteria salmonela.


ANEKA makanan yang dijual di pasar malam begitu mudah membangkitkan selera namun, risiko untuk terkena keracunan makanan juga tinggi kerana kebersihannya belum pasti terjamin.

Selasa lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme, mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan ayam goreng yang dibeli oleh ibunya daripada sebuah pasar malam di Terengganu.

Ibu kanak-kanak malang tersebut, Siti Zuraina Mohd. Yusoff, 28, berkata, sebelum kejadian, dia dan anak tunggalnya pergi ke pasar malam tersebut pada pukul 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng serta air keladi.

Kesemua makanan tersebut dimakan oleh Siti Zuraina sekeluarga.

"Pada pukul 7 pagi keesokan hari, anak dan suami saya mengadu sakit perut dan mengalami cirit-birit. Kami kemudian bergegas ke Klinik Kesihatan Bukit Payung di Marang untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Tambah Siti Zuraina, walaupun ubat-ubatan telah diambil, keadaan anak dan suaminya sebaliknya semakin teruk.

"Selepas itu, kami pergi semula ke klinik yang sama. Bagaimanapun, doktor mengatakan keadaan Iqbal semakin teruk hinggakan dia terpaksa menerima bantuan pernafasan.

"Kemudian, Iqbal terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zafirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Semasa dalam perjalanan ke hospital tersebut, Siti Zuraina menyedari nadi anaknya telah tiada manakala keadaan suaminya masih lemah. Muhammad Iqbal disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang sewaktu dalam perjalanan ke HSNZ.

Sebenarnya keracunan makanan tersebut bukan sahaja berlaku kepada keluarga Siti Zuraina malah melibatkan berpuluh-puluh penduduk tempatan lain pada hari kejadian.

SITI ZURAINA dan suaminya, Mohd. Ilme menunjukkan gambar Muhammad Iqbal yang maut akibat keracunan salmonela di Terengganu baru-baru ini.



Difahamkan, rata-rata mereka mengalami simptom keracunan makanan iaitu muntah-muntah dan cirit-birit selepas membeli makanan di pasar malam berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Sains Sosial, Konsultan Makanan dan Kulinari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, peniaga sepatutnya lebih peka terhadap makanan yang dijual terutamanya dari segi kebersihan supaya tidak memudaratkan pembeli.

"Kebersihan pasar malam di negara ini boleh diragukan kerana kita tidak tahu cara penyediaan makanan tersebut lebih-lebih lagi pada masa ini sesiapa sahaja boleh berniaga dengan mudah di pasar malam.

"Jika diteliti, segelintir peniaga tidak mempunyai pengetahuan tentang cara penyediaan makanan yang betul dan sering mengambil mudah dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Ujarnya, atas faktor tersebut, tidak hairanlah jika kejadian keracunan makanan disebabkan memakan makanan di pasar malam kerap berlaku.

Pemeriksaan pihak hospital terhadap 10 sampel najis pesakit di Kuala Terengganu baru-baru ini turut mendapati kesemuanya positif bakteria salmonela.

Oktober tahun lalu, tiga orang maut di Kedah selepas mereka makan ayam masak merah yang dicemari salmonela pada majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof. Dr. Son Radu berkata, salmonela merupakan sejenis bakteria yang mudah merebak di dalam makanan terutamanya jika ia terdedah kepada suhu yang tidak bersesuaian dalam jangka masa yang lama.

"Kebiasaannya salmonela wujud dalam makanan berasaskan ayam dan itik di mana ia boleh membiak sepantas 10 minit jika tidak disimpan di tempat yang betul.

"Saya percaya faktor kebersihan juga menjadi punca yang membawa kematian kanak-kanak lima tahun di Terengganu baru-baru ini," katanya. - KHAIRIYAH HANAFI

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar