Selasa, 21 Januari 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: desak duti eksais dimansuh

 



PKR desak duti eksais dimansuh, dakwa Putrajaya tipu harga kereta turun

Pemipin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, harga kereta hanya akan turun apabila duti yang terlalu tinggi itu dimansuhkan serta-merta.

"PKR berkali-kali mendesak supaya sistem cukai eksais sedia ada dihapuskan untuk mengurangkan harga kereta. Apabila pengguna tidak lagi menanggung cukai, harga kereta boleh dibandingkan secara telus dan kompetitif," kata mereka dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Mereka berkata, tindakan memberi rebat dan potongan cukai eksais bagi model dipasang di Malaysia (CKD) tidak akan menurunkan harga kereta.

"Tindakan ini cuba menipu rakyat kerana perbezaan harga model lama atau sedia ada yang diperkenalkan bukanlah satu bentuk penurunan harga kereta yang kekal merentasi industri (non-permanent across the board price reduction).

"Malah, ada beberapa model yang diperkenalkan dengan diskaun merupakan model lama yang kos pembangunannya sudah diperolehi oleh syarikat kereta, lalu membolehkan model itu dijual pada harga lebih rendah," katanya.

PKR berkata, pengumuman DAN semalam hanya sekadar gimik untuk meredakan kemarahan rakyat.

"Tanpa potongan cukai eksais yang melibatkan keseluruhan industri automotif, langkah terpencil yang hanya melibatkan beberapa jenis kenderaan sahaja adalah tidak lebih daripada gimik untuk meredakan kemarahan rakyat." kata kenyataan itu.

PKR mendakwa keengganan menghapuskan duti eksais kerana faktor kewangan tidak mengizinkan membuktikan selama ini tuduhan kerajaan lemah dalam menguruskan kewangan adalah benar.

"Kenyataan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamad mengiyakan bulat-bulat kritikan terhadap Barisan Nasional (BN) selama ini bahawa pengurusan kewangannya yang lemah menyebabkan rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai langsung dan tidak langsung yang tinggi, termasuk cukai eksais kereta," katanya.

Sementara itu, PKR menyifatkan sikap dolak-dalik kerajaan untuk mengekalkan sistem Permit Import (AP) adalah bertujuan menjaga kroni yang rapat dengan BN.

"Ini tidak lebih daripada alasan untuk terus membenarkan golongan tertentu yang rapat dengan Barisan Nasional mendapat keuntungan atas angin sedangkan rakyat terus terbeban dengan harga kereta yang tinggi," katanya.

Semalam, Mustapa mengumumkan DAN 2014 yang antaranya tidak menghapuskan duti eksais dan mengekalkan sistem AP.

Duti eksais paling banyak menyumbangkan kepada pendapatan kerajaan dengan pada tahun lalu sahaja sebanyak RM7.3 bilion dikutip oleh kerajaan, meningkat berbanding 2012 hanya RM7.1 bilion sahaja dikutip.

Mustapa semasa pembentangan itu juga mengumumkan kerangka kerja Penurunan Harga Kereta (CPR) bagi memastikan penurunan harga kereta dapat dicapai dalam tempoh lima tahun.

Comments

  • SEPERTI BIASA, RAKYAT DIPERBODOHKAN.....SEKALI LAGI (dah memang banyak kali dah, tak serik serik lagi)
  • CRICKET YEPPI  •  
    tanda orang munafiq ni lah salah satu darinya. bila berkata dia berdusta, bila berjanji dia mungkiri, bila di beri amanah dia hianat,
    semua ada kat dia.
  • AAA  • 
    dulu janji sebelum pru 13 harga kereta diturunkan dan AP dihapuskan tetapi dah lain pula .macam rakyat ditipukan dahulu dan kroni diutamakan .
  • Mohd Fairoz  •  
    Jika BN memerintah negara semua akan naik harga kecuali kangkung saja yang turun
  • Amy Slumber  •  
    BN terus menipu rakyat... jnj kankung :)
  • Suresh  •  
    Seperti yang di jangka rakyat di dicapatikan.....!!!!!
  • TK_Hg  •  
    BN-UMNO ialah penipu terbaek! tak habis habis tipu Rakyat! lepas tu, pakai alasan paling bodoh skali untuk menjelaskan situasi, semata-mata mahu memusing belit fakta, mengelirukan/mencapatikan Rakyat!
  • Noor ikmal hisham  •  
    tahniah pada pengundi pengundi bodoh yg mengundi parti racist,rasuah,seleweng,penganiaya rakyat marhaen,parti kroni .......kerana kebodohan anda rakyat menderita keseluruhannya
  • Nur  •  
    Harga kereta turun tahun 2017, time tu dah nk undi. Semua harga turun. Lepas berapa bulan bukan ja harga minyak naik, harga kangkung pun naik.Rakyat tak bodoh cam hampalah!
  • MAMAK DI GORENG  •  
    Pls give this Great fella Rafizi or Annuar a chance to become PM-- mampus semua puak rompak UMNO DAN CRONIES--MENGHISAP DARAH RAYKAT MALAYSIA
  • Tiger  • 
    inilah BN dah 60 tahun dah biasa denga cerita dongeng dan tipu helah
  • Rambo  •  
    tak hairan....memang pun penipu.....
  • BN's Pukemon  •  
    Ni lagi satu cover-up politik BN, just tunjuk "ekor ikan bilis" untuk sedapkan hati rakyat.
    Kroni2 "jerung" diorang pakai kereta sport mewah guna AP, kita still bawa tin 4 segi bertayar 4
  • Tupaiku  • 
    bila di desak hebat oleh PR barulah AMNO BEnd cuba2 nk usik2 ckit ape yg patut. kata orang jangan tidak aje. hakikatnye mereka tau rakyat memang boleh dibuat capati.
  • Lajid  •  
    Kalau harga kangkung pun kena tipu turun, apa lagi kereta?
  • A Yahoo User  •  
    Ini saya setuju, cakap mesti di kota. kalau negara lain kereta murah kenapa kita mahal????
  • cooldude_cute80  •  
    Where was the promise given by Former transport Minister Rafidah Aziz of the Asean Free Trade Agreement (AFTA) Where duties were completely knock down which was an agreement within asean countries by Former transport Minister supposed to be implemented in year 2015. This is called " Janji tidak DI Tetapi "
    20 to 30 % it,s pointless as the value of the ringgit has not improve since year 1997.
  • ManchesterUnited  •  
    Tahukah rakyat Malaysia harga Proton BUATAN Malaysia harga nya lebeh mahal di Malaysia di bandingkan di Indonesia. ???? Adakah ini yang UMNO perjuangkan sekarang???? MENIPU rakyat sendiri yang putar belit janji2. Najib, Malaysia tidak berkadaan sekarang sekiranya dia PM yang Bodoh dan Pembohong.
  •  
    cheng  •  
    ini dikatakan Melayu makan Melayu.. kemudian Salahkan KAum Lain... F^%$4umo
  • MaRKIX  •  
    duti eksais kepala bapa kangkung lah
  • Elizabeth Meshal  •  
    tu lah jangan sokong sangat BN ni ..banyak penipu makan duit rakyat ... duit rakyat tu lah pakai dye beli berlian handbag dan sebagainya ... tedah ja rakyat ..
  • Hans  •  
    subsidi semua nak dikurang..habis kenapa cukai yang tinggi nak mampus tidak di kurangkan.. Harga kereta di Malaysia adalah antara harga tertinggi dlm dunia...! Orang Thai dan Indon pakai toyota altis sebagi taxi tapi kat malaysia orang biasa pun tak mampu nak beli Vios... Janji Kangkung kerajaan...!!!
  • Reboot Toe Fun  •  
    mari pangkah BN
  • Forex Gbpeuro  •  
    nak cakap pasal harga kereta baru turun saja kah, bagaimana kereta rakyat dah miliki kereta..lansung tak ada nilai lah ya..
    hutang bank 9thn sudah bayar 6 thn. bila jual masih berhutang lagi dgn bank ..??
    rafizi rafizi...
  • Merah  • 
    rakyat kena kangkung//..
  • rosmi  • 
    walaupun rafizi tak bgtau...aku dah dapat mengagak bahawa ini semua sandiwara politik sahaja.......macai2 pasti melompat gumbira sbb harga keta dah turun...tetapi depa tak nampak apa yang sebenarnya berlaku...kesian plak aku kat macai2 ni
  • Kana  •  
    Duti eksais dimansuhkan ?? PR cakap macam mereka juara segala-galanya. Baru masuk tahun ke 5 kat Selangor dah cukai pintu naik 500%. Bengkel Giat Mara untuk belia dan bekas pelajar mencari pengetahuan vokasional semua nak ditutup. Gerai-gerai dan tapak pasar malam orang melayu habis dibinasakan, ada hati nak cakap tentang kesejahteraan rakyat ! Boleh blah lah !!!! cakap tak serupa bikin punya olang........
  • Safari Jb  •  
    Harga kereta tak akan turun, yang pasti kangkung sudah turun.
  • shafiq  •  
    Lawak btol la UMNO/BN ni..nk dekat mengundi nanti bru harga nk turun ka?maharaja lawak pun tk leh lawan lawak cm ni..
  • Andy Jack  •  
    PM suka makan kangkung goreng belacan. sbb itu ingat kangkung je.
    UMNO = penipu Negara terbesar.
    PERKASA = otak macam keledai

 

Harga Kereta Akan TURUN "Menjelang" PRU14

telokbakong.blogspot
duniacacamarba.blogspot


Harga Kereta Turun Hingga 30% Menjelang 2018

Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harianhari ini.

Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.

"Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.

" Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.

" Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar," kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.

Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Proton Alza (12%).


P/s: Sebelum PRU13, mereka berdegar-degar mengataklan akan menurunkan harga kereta. Selepas PRU13, ada laporan mengatakan harga kereta tidak akan turun dan selepas melihat rungutan dan desakan rakyat, maka timbul pula kenyataan bahawa harga kereta akan turun menjelang tahun 2018 - tahun PRU14 mungkin diadakan.

Pada tahun itu, SEMUAnya akan TURUN!!! Pada masa itu, Melayu seperti biasa mudah lupa.

DCM tidak pernah lupa. Anda?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar