Budak Darjah satu tu.......baru belajar nak melintas jalan...
Kesian.
Al fatihah.
On Thursday, January 9, 2014 12:27 AM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
Sungguh menyedihkan, takan bujet nak buat Traffic Light depan sekolah pun NAJIB dah tak ada..??
kedahlanie.info
Kejadian berlaku di Sek. Keb. Hj Hassan Itam Spg Empat, Alor Setar. Dilaporkan telah banyak kali diusulkan dalam mesyuarat PIBG agar ada pihak berkenaan membina jejantas atau lampu isyarat di hadapan sekolah tersebut.
Kemalangan maut ini melibatkan murid tahun satu. #AlFatihah
Tiga maut nahas van dengan kereta
Harian Metro –Difahamkan mangsa yang maut adalah pemandu van dan penumpang depan van, selain seorang pekerja kilang wanita.
Beberapa individu lain juga dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Mayat dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai pemandu van Rosmainiezal Mat Ani, 37, penumpang depan van, Syed Idris Syed Nordin dan pekerja kilang Aminah Kamaruddin, 53.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Ghafar Muhammad berkata, kejadian membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah van kilang, kereta dan sebuah motosikal.
Bagaiamanapun, penunggang motosikal hanya cedera ringan, manakala pemandu kereta tidak cedera.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila van yang datang dari arah Gerik ke Kuala Kangsar dipandu mangsa bertembung dengan kereta Toyota Camry yang datang dari arah bertentangan.
"Manakala, motosikal ditunggang seorang lelaki yang berada di belakang Toyota Camry gagal mengelak kemalangan itu sebelum merempuh kereta terbabit," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Abdul Ghafar berkata, kemalangan maut itu turut menyebabkan tiga pekerja kilang lain yang berada dalam van berkenaan cedera termasuk seorang cedera parah.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar