setujuuuuuuu
On 4/6/13, Mohd Syaril Matsali <syaril.matsali@my.panasonic.com> wrote:
> OK kesan kepada alam sekitar... apa kata turunkan atau hapuskan terus
> cukai eksais utk kereta2 hibrid, so that ramai org boleh beli dgn harga
> murah dan x mencemarkan alam.... amacam...? heeee....
>
>
>
> From: allmailinglist@gmail.com
> To: automobil@yahoogroups.com,
> Cc: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Date: 04/06/2013 09:58 AM
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Harga Kereta
> Turun 20%?
> Sent by: automobil@yahoogroups.com
>
>
>
>
> Salam
>
> saya kurang bersetuju cadangan PKR untuk memperbanyakkan kereta
> dijalanraya di bumi msia ni
> Nampak macam cadangan 'tak habis pikir' ni semata2 untuk dapat pengundi
> mudah pada musim
> pilihanraya.
>
> Adakah tak belajar dari negara jiran2 kita yang macet akibat jem? Apa
> kualiti hidup kalau duduk 2-3 jam dalam kereta untuk pergi ke tempat kerja
> setiap hari seumur hidup?? itu belum lagi balik kerja, weekend dan
> sebagainya (pengalaman melekat kat jem negara jiran buat terasa syukur
> kereta kurang kat msia)
>
> Atau masih tak belajar pasal kesan kepada alam sekitar ketika negara lain
> ber ia2 nak buat green environment? kalau susah ke negara yg jauh, negara
> selatan johor boleh menjadi contoh bagaimana berusahanya mereka
> mengurangkan kenderaan di jalanraya. Saya memang kagumi kaedah mereka.
>
> Bagaimana pula dengan kemalangan? Kita semua maklum tindakan PKR untuk
> menentang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan. Adakah dengan teori
> penambahan kereta akan mengurangkan kemalangan?
>
> Kalau berpandukan kaedah negara lain yang terbukti berkesan, mengurangkan
> kenderaan dan mempermantapkan public transport adalah kaedah terbaik yang
> menyelesaikan banyak isu.. dan dalam beberapa tahun ini kita memang nampak
> banyak usaha dilakukan kearah itu.
>
> sekian.
>
>
>
>
>
> 2013/4/6 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>
> Harga Kereta Turun 20%? | Perodua Myvi RM46,000 (Cukai Kereta 85%).
> Kerajaan Untung RM21,140!
> telokbakong.blogspot.
> nizar-coretanku.blogspot.
>
>
> Turun harga kereta : Berapa ramai di sini yang memiliki kereta?
>
> Dan?realitinya sekarang ini memiliki kereta sekarang adalah satu keperluan
> asas kepada rakyat. Dek kerana pengangkutan awam yang ada hari ini masih
> lagi belum mampu menampung harapan tinggi kalangan rakyat Malaysia yang
> inginkan pengangkutan awam yang efisen dan lebih bersepadu bukan sekadar
> merangkumi di sekitar lembah Klang semata tetapi di seluruh negara.
> Hakikatnya?
>
> Oleh itu?.kami sempat meneliti dan membuat semakan semula berdasarkan
> laporan Jabatan Statistik melibatkan Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan
> Kemudahan Isi Rumah 2009.
>
> Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia Di Bawah RM3,000
> Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia : 52.8%
> Pendapatan Isi Rumah Bangsa Melayu : 57.9%
> Pendapatan Isi Rumah Bangsa Cina : 44.8%
> Pendapatan Isi Rumah Bangsa India : 63.9%
>
> Sumber : Laporan Kaji Selidik Pendapatan & Kemudahan Isi Rumah 2009
>
> Manakala melihatkan statistik hutang kereta yang ditanggung kalangan
> rakyat Malaysia sekitar 71.9% adalah berada pada kadar yang agak tinggi
> . 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan
> kereta. Hakikatnya?.
> Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas
> hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012
> Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion
> atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November
> 2010.
> Sumber : KLIK SINI
>
> Masih ingat lagi pengumuman di sekitar tahun 2006 mengenai lonjakan
> kenaikan harga minyak?
>
> Sumber : Laporan Utusan Malaysia Mac 2006
> Jadi apabila kurangnya alternatif yang terbaik utnuk mereka bergerak, apa
> penyelesaian terbaik untuk rakyat Malaysia?
> ?Ya?.terpaksa memiliki kereta jawapannya.?
> Walaubagaimanapun, jika rakyat Malaysia berhajat benar mahu memiliki
> kereta sendiri dan kami pasti ramai yang sudah sedia maklum di mana anda,
> anda semua di sini perlu berdepan dengan 3 cukai :
> 1. cukai eksais
> 2. cukai jualan
> 3. cukai import
> Contohnya? Contohnya jika anda merancang membeli model kereta Perodua Myvi
> yang berkapasiti di bawah 1800 cc
>
> Cukai Perodua Myvi (Kapasiti Bawah 1800cc)
>
> cukai eksais : 75%
> cukai jualan : 10%
> Jumlah cukai kereta : 85%
> Harga kereta Myvi : RM46,000
> Harga sebenar : RM24,860
> Jumlah cukai dikutip kerajaan : RM21,140
> Cukai Honda Civic (Kapasiti 1800cc-2000cc)
>
> Cukai eksais : 80%
> Cukai jualan : 10%
> Jumlah cukai kereta : 90%
> Harga kereta Honda Civic : RM120,000
> Harga sebenar : RM63,150
> Jumlah cukai dikutip kerajaan : RM56,850
> Cukai Toyota Camry (Kapasiti lebih 2000cc)
>
> Cukai eksais : 90%
> Cukai jualan : 10%
> Jumlah cukai kereta : 100%
> Harga kereta Honda Civic : RM142,000
> Harga sebenar : RM71,000
> Jumlah cukai dikutip kerajaan : RM71,000
> Bolehkah Turun Harga Kereta Untuk Semua Model Kereta Sekarang Ini?
> Jikalau tindakan menurunkan harga kereta buat masa sekarang dilihat mampu
> menyebabkan Malaysia muflis seperti yang diperkatakan menteri (DI SINI),
> kesesakan lalu lintas dan kehilangan pendapatan yang besar kepada negara
> sebanyak RM7.6 bilion setahun (KLIK SINI).
>
> Pakatan Rakyat dikatakan telah menjumpai mekanisme bagaimana cara untuk
> menurunkan harga kereta dan dalam pada masa yag sama menampung kehilangan
> pendapatan cukai kereta setiap tahun, itupun jikalau mereka dipilih rakyat
> pada Pilihanraya Umum ke 13. Caranya?
> Cukai kereta akan akan diturunkan sebanyak 20% setiap tahun secara
> berperingkat-peringkat selama tempoh 5 tahun
> Akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan melalui cukai kereta
> sejumlah RM1.5 bilion setahun
> Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat mengatakan RM2 bilion mampu diperolehi
> kembali melalui cara lelong AP secara terbuka
> Berapa ramai di sini yang menggunakan perkhidmatan awam ke tempat kerja?
> Mengapa?
>
> Adakah dengan menggunakan kaedah yang ingin digunapakai Pakatan Rakyat ini
> bakal menyebabkan negara bankrap dan musnah. Apa pilihan yang terbaik
> untuk anda?
>
> -berita semasa
>
>
>
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (20) |
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar