Fauzi: 'Kemalangan bagaikan mimpi, berlaku pantas'
SHAH ALAM - "Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan sangat pantas," demikian kata pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemalangan yang berlaku di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin, Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta BMW yang dinaikinya terbabas sendiri di selekoh kanan sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.
Dalam kemalangan itu, Fauzi mengalami patah tangan manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta maut akibat kecederaan parah di kepala.
Fauzi yang masih trauma dengan kemalangan itu berkata, beliau sendiri tidak pasti bagaimana kemalangan berlaku kerana kejadian berlaku dalam sekelip mata.
"Saya tidak dapat ingati bagaimana kejadian itu berlaku.
"Saya cuma tahu kereta sudah berpusing dan selepas itu terbakar," katanya dengan nada sebak.
Tambah Fauzi, "apapun alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hanya mengalami patah tangan sahaja, tetapi sangat terkilan selepas dimaklumkan mengenai kematian rakan saya.
"Saya tidak sangka perancangan kami mahu balik ke kampung di Kedah selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA di Sabah bertukar tragedi untuk kami," ujarnya.
Dalam pada itu, Fauzi yang kini dalam perjalanan pulang ke Kedah berkata, beliau akan bercuti dalam tempoh yang panjang dan akan menjalani rawatan selanjutnya di sana.
"Sekarang ini saya dalam van jenazah menuju ke Pokok Sena untuk urusan pengebumian rakan saya. Selepas ini, saya akan menjalani rawatan dan akan berehat di sini. Buat masa ini saya tidak boleh memikirkan apa-apa.
"Kejadian yang berlaku ini sangat mengejutkan saya. Saya perlukan rehat bagi melupakan tregedi ini," jelasnya lagi.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar