Selasa, 16 Oktober 2012

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Metro - Menangis Kereta terbakar

 

teori aku ialah kalau kereta mahal atau baru rosak 90% sebabnyer ialah kurang air dalam radiator..Ferrari pakai turbo, enjin lagi cepat panas dan biasanya ANAK org kaya tak check semua ni..dia tau isi minyak jer ..jalan..minyak,jalan..air tak check...dulu masa aku kecik2 tolong mak meniaga tepi jalan...selalunya kereta kecil atau kereta lama..dia rosak pasal rosak mekanikal..bateri la, alternatorla, tali, fius...kalau kereta2 mahal2 dan baru2 macam BMW, mercedes rosak....nampak asapwap air akan keluar dari bonet, maka tahulah kita... rosak pasal air radiator tak dijaga...


From: tanya saya <worksplendid@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 16, 2012 2:25 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Metro - Menangis Kereta terbakar

 
biasanya kereta mahal cam ferrari ni tak pakai minyak ron95. utk kes ni, tak pasti lak penyebab nya.


2012/10/6 ML <allmailinglist@gmail.com>
 
Teringat kes ferari terbakar tgh hiway dulu terpikir gak takkan ferari pakai ron95?? 

Kalau ron95 pembakarnya, camna pulak ada kereta2 yg lain x terbakar..?? 

Ye ke kereta2 yg terbakar tu xde letak additive lain??? Ye ke kat bengkel depa pomen tak terlonggar tercalar kabel2 minyak?

Ke spark plug terlebih api? Ke khianat? Ke enjin panas pasal radiotor bocor?? Ke baru modified??

Camno tu boss bomba?? :-)
Kena siasat tak?? Hehe



On 4 Oct, 2012, at 9:52 AM, bashah <bwasi@yahoo.com> wrote:

 
Aku pikir kalaulah aku boss bomba satu malaya, suruh buat checklist bomba tanya  owner brand minyak &  type aper depa pakai  95 atau 97...dah lama tau dah puncanya..
takdalah jawab skema ""masih menjalankan siasatan lanjut terutama mengenal pasti punca kejadian.""
:) 








From: MHZ <cekelatgetah@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Thursday, October 4, 2012 9:35 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Metro - Menangis Kereta terbakar

 
aku plak syak additif yg digunakan dalam ron95 tu kuat menghakis menyebabkan ada hos yg cpt bocor tanpa kita sedar. kalau tak tambah additive ni mungkin minyak kurang power (pada pengamatan aku dulu minyak petronas 95 kurang power, sekarang dh ok sket maybe lepas byk org komplen compare dgn shell). ini teori aku takde buat kajian apa2 pun. jangan plak sebar cerita ni sebagai fakta.. setakat sembang2 bleh :)
        On 03/10/2012 10:21 AM, bashah wrote:
 
Artikel Metro hari ini...

SAMA dg kejadian di parking office aku di PJ  sebulan lalu bila ada kereta terbakar tiba2 selepas berhenti parking.

Aku syak haba panas enjin yg berhenti atau cuaca yg panas boleh menyebabkan wap petrol (95 ? ) ini mudah terbakar.

Anak aku selalu tegur wap petrol yg kuat dlm kereta lepas isi minyak. Aku isi 95,, biasalah kurang duit, bukan tak cukup .

Oleh itu utk kurangkan risiko - parking kereta anda di tempat teduh atau pun lapik bonet dg kadbod :) he he


**************
MELAKA: "Api ketika itu amat marak dan asap tebal hingga menyebabkan saya tidak berani mendekati lokasi kejadian kerana bimbang berlaku letupan," kata penjaga tempat letak motosikal dikenali sebagai Ho, 50-an, yang menyaksikan kebakaran tiga kenderaan di kawasan parkir berdekatan Medan Selera Newtown, di sini, semalam.
Kebakaran jam 1.10 tengah hari itu menimbulkan tanda tanya berikutan satu daripada kereta terbabit iaitu Nissan Sentra dipercayai tiba-tiba terbakar sebelum api merebak dan menyambar dua kereta berdekatan.

Kereta Nissan itu musnah manakala Perodua Kenari dan Ford Laser rosak akibat bahang kebakaran.
Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada lebih teruk dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Menurut Ho, dia yang memeriksa kawasan tempat letak motosikal berdekatan tempat kejadian mencurigai sesuatu apabila ternampak asap tebal di kawasan terbabit. "Apabila diperiksa, saya terkejut melihat asap itu rupa-rupanya datang dari sebuah kereta yang marak terbakar di kawasan lot parkir berkenaan.

"Melihat keadaan itu, saya yang bimbang keadaan bertambah teruk menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Tinjauan mendapati seorang daripada pemilik kereta berusia 30-an gagal menahan sebak dan menitiskan air matanya selepas menyedari kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II Low Liang Seong berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada jam 1.16 tengah hari.

"Seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikerah memadam kebakaran membabitkan tiga kereta berkenaan.
"Api berjaya dikawal dalam tiga tujuh minit dan padam sepenuhnya lima minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya. Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut terutama mengenal pasti punca kejadian.



Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (10)
Recent Activity:
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar