marah tu tidaklah, cuma pada saya, join grup automobil utk yg berkenaan automobil. walaupun secara tak langsung kerajaan terlibat, sebaiknya sebarang pendapat dihadkan kepada polisi berkenaan saja. kalau siap ada kuar bahasa yg kurang sedap dibaca, x sedap juga.
pendapat saya saja...
From: Muaz CK <muazck@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Monday, October 1, 2012 4:28 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Maaflah gua tak dapat terima Bajet Lu
Politik adalah salah satu falsafah hidup. Jadi, nak tak nak, kena lah ada juga berbincang atau terbincang.
Tak setuju jangan marak yarrr
Tak setuju jangan marak yarrr
2012/10/1 Fhazly Yusop <neoli18@yahoo.com>
saya setuju dengan en nazri. group ni dh byk posting politik...
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Maaflah gua tak dapat terima Bajet Lu
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Monday, October 1, 2012 10:00 AM
yeah, harga kereta murah, minyak murah..... fuh !!!lepas nih makin banyaklah kereta bertaburan kat jalan.. makin semak la jem nak pi kerja pagi2 dari elok2 kena bangun pukul 6.... mungkin lepas nih kena bangun pukul 5 pulak.lepas tu kita mintak pulak besarkan jalan.... yeah gomen mesti ada duit nak besarkan jalan....tak perlu bayar tol. yeah... best giler la weh....aku yang baru beli kereta, tak da harapan la nak jual kereta....sebab dah sign kontrak harga lama yang mahal. alamatnya pakai sampai jadi besi buruk baru boleh merasa beli kereta baru... yeah !!!terbaik !!** masing2 ada pendapat sendiri, masing2 boleh nak sokong secara cerdik pandai mahupun semberono, negara bebas bukan?. secara ikhlas, saya rasa makin lama makin banyak topik politik dalam group automobil. politik is a never ending story. this has got to stop.**rgds,Nazri Ahtarps: pada pendapat saya, ini ruang borak2 pasal automobil. BUKAN RUANG POLITIK. mohon tok mod tegur saya kalau saya silap.yang baik dari Allah, yang buruk dari saya
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 28, 2012 11:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Maaflah gua tak dapat terima Bajet Lu
Maaflah Najib gua tak dapat terima Bajet Lu sebab lu tarak turun harga kereta...
PANAS! Rosmah Pun Dapat Peruntukan RM20.5 Juta!!jalanpulang1978.blogspot.Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Altantuya disifatkan pengkritik ekonomi dan politik sebagai antara yang terburuk dalam sejarah negara mencapai kemerdekaan sejak 55 tahun lalu.Selain meneruskan bajet defisit buat tahun ke-14 berturut-turut, intipati bajet yang sungguh mencurigakan dibuktikan apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) 2.0 dimanipulasikan semahu-mahunya dengan menambah kategori penerima bantuan kepada warganegara yang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2000 sebulan akan dirasuah sebanyak RM250.Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun."Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh Najib Altantuya adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib Altantuya dengan perbuatan beli undi."Tetapi, kalau Najib Altantuya mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib Altantuya hari ini adalah "belanjawan beli undi".
Paling mencuri tumpuan adalah isteri perdana menteri sendiri, Rosmah Mansor juga turut menerima peruntukan sebanyak RM20.5 juta tahun depan menerusi program PERMATA yang mendapat kritikan semasa Bajet 2011 apabila Rosmah dengan bergaya mendapat RM111 juta menerusi program yang sama.
Walauapun jauh berkurangan berbanding tahun 2011 ia dianggap satu pembaziran kerana kanak-kanak yang terlibat hanya tertumpu kepada kawasan bandar tetapi di pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak ia langsung tidak dinikmati.
JALAN PULANGDISKAUN BAGI MUDAHKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN - NAJIB
celahgelegar.blogspot.Posted by Celah GelegarKUALA LUMPUR 28 Sept - Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.
"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri turut mengingatkan para peminjam bahawa hukum membayar hutang adalah wajib dan pinjaman PTPTN merupakan satu amanah.
"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan," katanya.
Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.
Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telah melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan cadangan untuk memansuhkan keseluruhan PTPTN adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau mempersoalkan cadangan itu dan bertanya siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan.
"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah kita yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.
Katanya langkah itu diambil kerana kerajaan prihatin dengan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa, selain merupakan satu pelaburan untuk meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara di masa depan.
Bagi menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan, Perdana Menteri berkata pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga akan dinaikkan kepada RM6,000.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar