Senin, 15 Oktober 2012

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Budak 2 tahun maut dihempap televisyen

Al fatihah.

Budak 2 tahun memang tengah menakal. Anak aku masa 2 tahun tak boleh tengok suit syiling terus masuk mulut..Sekali tu dah tercekik, lalu aku terus peluk perut dari belakang, sebab pernah tengok youtube ajar emergency tercekik...mulut dia automatik ternganga dan alhamdulillah syiling tu keluar..kalau tak tak , tak tau nak cakap. 

budak 2 tahun suka tarik langsir..ada yg terbelit leher main langsir macam tarzan...so langsir tu pendekkan..biarlah rumah tak lawa sekejap....Dalam kes ni, almari tu ada kain dan tv..mungkin kain tu dah terbelit di belakang TV, bila di tarik tv jatuh lah..

lagi satu depa suka main air dalm baldi...jadi sapa ada anak kecik, pastikan baldi tu digantung jika tak guna...banyak dah kes budak lemas dalam baldi...

reverse kereta pun kena pusing keliling keta dulu, takut budak tu ikut belakang...depa excited nak ikut, kita nak pi jamban pun nak ikut.

aku rasa masa discharge dari wad bersalin mak pak kena diajar benda macam ni...ingat 4 benda :: syiling, langsir, baldi, reverse kereta (SLBK2tahun)




From: "agai@017" <agai_disini@yahoo.com.my>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, October 16, 2012 8:52 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Budak 2 tahun maut dihempap televisyen

sedih betul bila saya baca cerita pasal budak kecik mcm ni....tak sangka betul...
apa pun...Al fatihah untuk arwah...

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 15 October 2012 11:38 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Budak 2 tahun maut dihempap televisyen
 


Budak Lelaki Dua Tahun Maut Dihempap TV

Posted by greenboc
Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar (gambar kecil) menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut - Bernama

Anak longlai dihempap TV

AMPANG: "Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah," kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).

"Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.
-
HM

comments:
 
Anonymous said...
Untuk sharing purpose, anak aku pun pernah mengalami insident yg sama 3 tahun lepas, tp tv 14 inci. Alhamdulilah xde kejadian x diingini berlaku. Pada pendapat aku, ini munkin bkn kes yg pertama dan kejadian ini biasa berlaku. Di negara2 maju "Safety Standard" utk barangan sangat ketat untuk menjamin keselamatan penguna. Bila kita tukar kerajaan, sy berharap kerajaan PKR akan menaik taraf "Safety Standard" negara tercinta ini. AMIN

 

 

Budak lelaki 2 tahun maut dihempap televisyen

Bernama Media 
  •  


Tidak ada komentar:

Posting Komentar