Senin, 15 Oktober 2012

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - baiki kereta sendiri- tip utk berjimat alternator

 

Saya pun pernah kerosakan alternator. 

Memang bekalan bateri cukup2 sejam sahaja. Sempat la sampai ke ofis.

Sesiapa yang pernah kena, masa tu lah kena jimatkan api. 


2012/10/16 tanya saya <worksplendid@gmail.com>
 

tq bro. ilmu yg di kongsi ni tk guna sekarang, tp amat perlu bila dh jadi kt diri sendiri. Saya sendiri pun alami.. kelam kabut dibuatnya. Pegi check 2, 3 workshop gak.. rupanya altenator bearing je problemnya. 



2012/10/15 mohdmat <kedai_tayar@yahoo.com>
 
salam semua,
  memandangkan hari ni tak berapa sibuk dan co pun dah kena tutup, saya ingin kongsi sedikit pengalaman saya membaiki kereta sendiri. kereta saya ni alternator kong. pada mulanya, saya terperasan sbb bila buat diagnostic (saya tak ada OBD scanner- maklum la saya tidak mampu) secara manual (key-on , key -off) terdapat kod yg relate to electrical voltage.. walaupun begitu, saya biarkan juga sebab  kereta saya ada voltmeter so saya bole monitor voltage sehingga la beberapa bulan  memakainya. setelah sekian lama, maka semakin teruk la keadaan alternator ni. utk dijadikan cerita, saya pegi ulu klawang utk buat offroad dan bila sampai je kat kaki bukit, alternator tu dah x leh charge lagi. so dah suspense sbb nk balik ke kl balik, perlukan at least 1 jam drive. ini bermakna kereta tu hanya bergantung kepada bateri sahaja utk support semua electrical load termasuk la injector, fuel pump etc. jadi terpaksa la membatalkan hasrat nk offroad tu dan trus memandu balik dgn kadar yg segera dan meminimakan penggunaan elektrik. dalam perjalanan yg jauh tu, bertawakal la sahaja sbb klu battery tu dah sampai minimum voltage, kereta tu akan mati. walaupun hari tu agak gelap sbb dah nak maghrib- terpaksa la meminimizekan penggunaan headlamp (sbb headlamp ni byk consume power).. dan alhamdulillah bila sampai je depan rumah terus battery abis dan kreta mati dgn sendiri. klu abis sbelum sampai maknanya kena beli battery baru or tow sampai rumah  dimana akan menyusahkan sikit.  so nak tak nak, kena tukar la alternator tu. klu keta wira bole dapat dgn harga tak sampai 200 (baru). tapi klu jeep saya tu at least rm1000. x campur labor cost lagi. utk menjimatkan kos (utk rakyat marhaen mcm saya ni), saya search internet dan jumpa kedai yg repair alternator.. klu nak repair cost dia murah sikit (dekat kedai repair alternator dlm rm140 with 2 months warranty). alternatively saya call kedai yg jual spare part, harga dia RM250 (recon but no warranty). jadi saya pun beli dekat kedai repair alternator utk menjimatkan cost dan mendapat warranty dan tukar sendiri. so utk buka alternator kena tgk youtube dan alhamdulillah dan berjaya pasang balik dan setakat ni ok je. so sesiapa yang pakai kereta yang special (conti ke etc) klu rosak alternator, ada alternative utk repair alternator selain dari beli recond @ sparepart shop. tapi kalau x nak berjimat (ada byk duit) then beli la yg baru. sekian la saja. klu terdapat nilai2 pembelajaran dari penulisan ni, bagus la. tapi klu x bagi apa2 faedah, maaf diucapkan.. klu nak cerita lagi-- ada lagi..


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar