Kamis, 09 Agustus 2012

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Awat Laa Buruk Sangat

salam
 
benda ni ada dalam fb petang smlm....
 
kita xtau kesahihan gamba ni....inui cuma cerita sebelah pihak
iaitu org yg ken saman tu....
tp kitaxtau lagi cita di sebelah pihak pompuan tu...kena dia berkelakuan sebegitu
mungkin dia diprvoke atau mcm2 yg kita sendiri xtau...
 
pompuan tu pun tak patut buat camtu...org yg share ni pun xpatut buat camtu....
klu betul tak puas hati gi la buat repot....kenapa nak aibkan org kat satu dunia camni...
 
wallahuaklam..

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 10 August 2012 12:55 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Awat Laa Buruk Sangat

 

 

Awat Laa Buruk Sangat Kelaku Petugas DBKL nie.. siap tunjuk jari tengah lagi tuu..!!!

 Buruk Betul Perangai Petugas DBKL Neyh .. Bikin Malu Sama Kompeni


Petugas wanita DBKL yang bernama Samsinah kelihatan sedang mengeluarkan surat saman ketika pemunya kenderaan sedang beratur untuk membayar tiket parkir di mesin pembayaran. Malangnya ketika itu, 2 unit mesin pembayaran di kawasan terbabit iaitu sekitar Prima Setapak dalam keadaan tidak berfungsi, dan apabila beberapa pemilik kenderaan cuba bercakap kepada beliau dengan baik, memeranjatkan apabila beliau menjawab dengan nada menjerit "you ingat aku sangat senangkah? Duduk sana tunggu you orang bayar?".

Petugas DBKL ini juga meneruskan sumpah seranah kepada pemilik pemilik kenderaan yang berada disitu dengan mengeluarkan ayat:
"celaka punya orang, bodohkah kamu semua?"
"sohai punya cina"
"tak suka pergi buat report la, babi"
"you ingat you saja ada kamera? saya pun ada" sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.


Keterangan foto:

1. Beliau cuba menepis telefon yang cuba merakamkan gambarnya

2. Sedang cuba untuk membuat lawak bodoh .. walaupun kelihatan memang betul betul bodoh

3. Eicewah .. bulan puasa pon tunjuk jari tengah. Sesungguhnya, memang jelas perbuatan ini sangat memalukan badan beruniforn DBKL dan masyarakat Malaysia secara amnya .. cik kak oih .. pakai tudung buat perangai gitu .. ghaflah jingga betul laa perangai.

Nota: Entri ini bukan untuk mengenengahkan isu perkauman sama sekali kerana ia boleh terjadi pada sesiapa pemilik kenderaan pun. Jadi pembaca semua diingatkan supaya tidak mengaitkan isu sensitiviti kaum kat sini. Isunya ialah ..

Petugas ini sangat tidak profesional dalam mengendalikan tugas beliau bila berhadapan dengan orang awam. Etika dan perangai beliau sangat-sangat tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia apatahlagi imej pasukan beruniform. Sungguh memalukan apabila seorang wanita yang bertudung menunjukkan karakter dan mengeluarkan ucapan yang amat bertentangan dengan tatasusila sebagai seorang Islam apatahlagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Meter parkir di kawasan tersebut dalam keadaan dhaif dan mendukacitakan. Hampir kesemua meter yang disediakan tidak dapat berfungsi akibat dari perbuatan vandalisma namun tiada apa apa tindakan dari pihak berkuasa untuk mencegah perbuatan tersebut ataupun memperbaiki mesin mesin meter tersebut.

Sebagaimana yang dikatakan, hampir semua meter parkir disana tidak dapat digunakan, seharusnya beliau menggunakan pertimbangan berbanding terus mengeluarkan saman tanpa menghiraukan kesulitan yang dihadapi oleh pemunya pemunya kenderaan. Kejar KPI ke cik kak oih ??

Sumber Asal - SabahKini


Tidak ada komentar:

Posting Komentar