Kamis, 20 Agustus 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Bas Bawa Penyokong Perak Diserang Dengan Pelbagai Objek

 



Bas Bawa Penyokong Perak Diserang Dengan Pelbagai Objek
 
Foto : Sinar Harian
 
IPOH - Seorang penyokong bola sepak Perak cedera apabila salah bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak itu dibaling besi dan pelbagai objek lain oleh sekumpulan individu di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Machap, Johor.

Dalam kejadian kira-kira jam12.30 malam itu, tiga buah bas tersebut membawa penyokong pasukan Perak bertolak dari Stadium Larkin pulang ke Ipoh setelah tamat perlawanan.

Wakil penyokong Arfaeez Abd Rahman, 25, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, ketiga-tiga bas yang membawa 118 penyokong itu baru bertolak dari Stadium Larkin di Johor untuk pulang ke Ipoh.

Menurut wakil penyokong, Arfaeez Abd Rahman, pada mulanya mereka diekori oleh sekumpulan individu yang menaiki kereta dan motosikal sebelum dibaling dengan pelbagai objek.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja bas-bas mereka memasuki lebuh raya, sudah ada kumpulan lain yang menunggu di setiap persimpangan dan membaling pelbagai objek seperti batu, besi dan kayu.

"Bila tiba je di persimpangan Machap, satu besi dibaling dan terkena cermin hadapan bas dan masuk ke dalam bas serta terkena salah seorang penyokong mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.

"Kami terpaksa minta bantuan polis untuk iring kami sebelum memberhentikan bas di tepi lebuh raya,  dan untuk ambulans bawa mangsa ke hospital," katanya memetik laporan Sinar Harian.


Mangsa yang cedera di dahi itu dibawa ke Hospital Melaka dan menerima 15 jahitan sebelum membuat laporan polis.

Katanya juga, ketiga-tiga buah bas yang terlibat turut mengalami kerosakan akibat kejadian. - Siakapkeli.my
 
 

INSIDEN KEKECOHAN MEMBABITKAN BEBERAPA PENYOKONG JDT BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA POLIS DI PERKARANGAN STADIUM LARKIN JOHOR BAHRU MALAM TADI.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Perkarangan Stadium Larkin Johor Bahru malam tadi dicemari dengan insiden kekecohan membabitkan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama anggota keselamatan.

Kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu menyebabkan polis terpaksa menyuraikan penyokong terbabit bagi mententeramkan keadaan.

Malah terdapat anggota polis yang cedera ketika meleraikan kumpulan penyokong terbabit terkena objek keras. Bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan sehingga penyokong bersurai. Polis menahan seramai 14 orang penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana melakukan kekecohan selepas perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru malam Rabu.

Dipercayai perbuatan penyokong JDT itu sebagai balas dendam terhadap tindakan penyokong pasukan Perak yang membuat kecoh dalam perlawanan di Ipoh, sebelum ini.

Kekecohan pada mulanya berpunca ekoran salah seorang daripada penyokong pasukan itu telah melepaskan tembakan suar ke arah penyokong lain.

Terdahulu, polis yang mengawasi sepanjang perlawanan itu berlangsung telah menahan penyokong terbabit hingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain bertindak menjerit ke arah pasukan keselamatan itu.

Polis juga telah mengarahkan mereka supaya bersurai tetapi arahan itu tidak diendahkan.

Sebahagian penonton mula membaling botor air dan batu ke arah pihak berkuasa.

Difahamkan, seorang anggota polis telah tercedera dalam insiden tersebut.

Situasi yang agak tegang itu bagaimanapun berjaya dikawal.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar