Selasa, 05 Februari 2013

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - soalan jual beli kereta

 

(bila baca balik reply saya ni, saya rasa macam kurang atau tak berkait pun dengan topik yang bakal dibincangkan. harap maaf ya suhaimi)

Slm

Pengalaman saya di JPJ, untuk kedua2 kereta Mini saya, mula2 tahun 2002 (Mini A), kemudian 2004 (Mini B).

Untuk kedua2 kes, pertukaran nama memerlukan kedua2 pihak hadir bersama2 di JPJ yang memegang fail kenderaan tersebut.

Jadi saya perlu mengheret pemilik asal kedua2 kereta Mini tersebut. Mini A ini tak pernah tukar nama, tak diketahui pemilik2 selepas yang asal. Workshop mula2 nak buat, tapi runner tak boleh melakukannya. JPJ mungkin dah sekat prosedur ini. Jadi saya cari sendiri di www.yellowpages.com.my untuk pemilik asal Mini A. Kebetulan search result keluar, nombor yang pertama dipaparkan adalah nama pemilik tersebut. Bukan susah sangat kalau buat sendiri rupanya. Tapi tu lah, kena bayar sedikit untuk mengambil masa pemilik Mini A. Tapi ini menunjukkan tak susah nak mencari sendiri pemilik, cuma harapnya dia mendaftar di Telekom lah. Tapi itu tahun 2002. Buat di JPJ Setapak

So Mini B, saya rasa saya boleh pergi buat sendiri tanpa kehadiran pemilik. Tapi tak boleh juga. Antara alasan yang tak dapat diterima, Mini yang umurnya 32 tahun masa tu, dikatakan masih ada instalment payment yang belum habis. 

Bila dibawa pemilik, terus boleh siap. Macam kes Mini A lah. Ini di JPJ Padang Jawa.

Zaman tu komputer dah ada bagai, tapi tetap nak menyusahkan orang (or so I thought)

Moral of the story adalah, bawa siap2 kedua2 pemilik dan pembeli.

Puspakom saya tak boleh komen. Saya tak pernah dah berjual beli kereta terpakai sejak 2004. Saya aware akan prosedur tambahan ini, kewajipan pergi Puspakom sebelum transaksi used car, tapi itu sahaja lah, awareness.



2013/2/5 suhaimi ibrahim <designplanet78@yahoo.com>
 

saya fowardkan soalan ni dari blog saya, sebab saya tak arif bab jual beli. harap ade rakan bleh membantu

Salam smua.. nk mintak pandangan sikit, sy jual perdana v6 2003 dengan harga rm24k (dah abis baya). Buyer dari terengganu n saya dari ampang, so die dh submit loan.. sy dah buat puspakom and kereta tu atas nama ayh saya. Ayh sy dah sign borang tukar nama surat pesuruhjaya sumpah pon dah ready.. Puspakom saya dah buat dan tggu masa loan approve untuk pass ke buyer bersama borang tukar nama(atau tggu bank bg duit dulu baru saya bagi borang tukar nama?).

Bila loan buyer tu lulus mnggu ni, ade soalan bermain di fikiran sy: 1. boleh ke buat cara ni (buyer & seller berlainan kawasan?) apply loan tmpt lain, puspakom tmpt lain. 2. ayah saya akan ke mekah 3 mnggu dari khamis ni, so adakah sy mmg kene bagi no akaun ayah saya utk bank letak nama kat check. (betul?


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar