Pages

Rabu, 03 Juni 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Luahan Hati Pekerja MAS Yang Bakal Diberhentikan

 



Luahan Hati Salah Seorang Dari 6000 Pekerja Malaysia Airlines Yang Bakal Diberhentikan Kerja



SEPANG: "Saya tidak tahu apa akan dilakukan selepas ini kerana masih terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Penerbangan Malaysia (MAS)," kata seorang kakitangan Malaysia Airlines, Hafiz,30, yang telah ditamatkan perkhidmatan.

Memetik laproan Kuala Lumpur Post,Hafiz adalah salah seorang dari 6000 kakitangan MAS yang telah ditamatkan perkhidmatan selepas tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional tersebut.

Menurutnya, surat notis penamatan yang dipos ke rumah dibuka isteri dimana ia telah dibuka oleh isterinya sebelum memaklumkan kepada beliau yang sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Katanya, kerana notis penamatan kerja itu dia terpaksa mencari kerja lain sebelum 31 Ogos di mana tarikh tersebut adalah hari terakhir perkhidmatannya dengan MAS.

"Bukan senang untuk mencari kerja lain ketika ini, tambahan pula saya sebagai ketua keluarga perlu menyara isteri dan anak.

"Buat masa ini saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Walaupun agak tertekan, saya reda dan percaya akan ada rezeki lain untuk kami sekeluarga," katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui oleh wartawan Kuala Lumpur Post.


Pada Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang merupakan pemegang saham terbesar MAS telah mengumumkan 12 langkah pelan penstrukturan semula MAS bernilai RM6 bilion dimana mereka akan menubuhkan entiti baru dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) menyebabkan 6,000 pekerja daripada pelbagai peringkat diberhentikan.

Pada awal Mac lalu, Khazanah memaklumkan mereka akan melakukan penilaian semula bakat yang meliputi 20,000 pekerja MAS selesai pada 2 Februari dan nasib pekerja hanya diketahui 1 Jun. - Siakapkeli.my
 
 

Mueller : MAS Secara Teknikalnya Sudah Muflis


SEPANG: Syarikat penerbangan MAS secara teknikalnya sudah 'bankrap'. Itu kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller pada hari Isnin yang dipetik ketika beliau menyampaikan pelan strategik pemulihan syarikat tersebut.

Mueller berkata kenyataan tersebut berikutan peristiwa-peristiwa tragik yang melanda MAS pada tahun 2014 iaitu tragedi MH370 dan MH17.

"Kita secara teknikalnya muflis dan prestasi yang merudum telah berlaku sebelum peristiwa tragik sepanjang tahun 2014," kata Mueller memetik laporan dari Astro Awani.

MAS dibawah pimpinan Mueller mengambil tindakan berani dengan memberhentikan 20,000 pekerjanya yang mana 14,000 dari mereka telah diberikan surat tawaran kerja di syarikat baru.

Antara strategi Mueller untuk memulihkan semula MAS adalah dengan menggunakan jenama imej baru yang belum lagi didedahkan oleh beliau - Siakapkeli.my
 
 

TUN MAHATHIR DAN TUN DAIM ADALAH PENYEBAB MAS NAZAK DAN HAMPIR DI ISTIHARKAN BANKRAP KATA SAMM

Posted by OMAK KAU!!!

Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System (MAS) tenat dan hampir diisytiharkan bankrap disebabkan kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad Anwar Asyraf berkata, masalah yang dihadapi MAS berpunca daripada kesilapan Dr Mahathir menyerahkan syarikat itu kepada kroninya, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1993.

"Tajuddin Ramli melalui syarikat‪ Malaysia Helicopter Service yang kemudiannya ditukar kepada Naluri. Kerana "kehandalan" dan "kepintaran" kroni Dr Mahathir ini, MAS telah mewarisi kerugian terkumpul sebanyak RM9.4 bilion sebaik sahaja Tajuddin menjual semula kepada Kerajaan pada 2001.

"Dr Mahathir ketika itu masih bergelar Perdana Menteri dan Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan telah membuat keputusan untuk membeli semula saham MAS seperti harga yang dibeli oleh Tajuddin dahulu iaitu RM 8.00 sedangkan harga pasaran ketika itu adalah RM 3.68.

"Kononnya untuk menyelamatkan MAS daripada menjadi milikan asing. Tajuddin meraih untung RM 1.8 billion tetapi MAS mewarisi hutang," katanya.

Ahmad Anwar berkata, MAS sekarang telah menjadi MAS yang baharu bermula 1 Jun lalu sama juga UMNO yang menjadi UMNO baharu hasil kerja tangan Dr Mahathir.

"Dr Mahathir bukan sahaja gagal dalam memilih pengganti beliau sebagai Perdana Menteri, malah Dr Mahathir termasuklah Daim dan Tajuddin telah melakukan dosa yang amat besar terhadap 6,000 orang yang kehilangan pekerjaan," katanya.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar