Minggu, 31 Mei 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Orang Islam dulu tak potong basikal imam

 



Orang Islam dulu tak potong basikal imam - Ustaz Azhar

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

tranungkite.net
"Oleh ASLANI



KOTA BHARU: Mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak boleh dicam apabila mereka meragui terhadap usaha Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (KJS), kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata orang Islam sendiri mengeluarkan kenyataan dengan mencipta pelbagai alasan termasuk mengatakan KJS belum sesuai lagi dilaksanakan.

"Ini adalah satu ujian. Ramai orang Islam sendiri merungut dengan mengatakan sekarang masa belum sesuai pelaksanaan KJS kerana masyarakat berbilang kaum. Mereka mencipta pelbagai helah dan alasan.

"Sedangkan tanpa sedar membolehkan kita mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak terhadap pelbagai alasan yang mereka sebut," katanya pada program Bicara Murabi anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi. (Foto atas daripada Fb MB Kelantan)

Puluhan ribu rakyat Kelantan menyertai program malam tadi yang bermula solat Maghrib. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggotaanggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Nassuruddin Daud dan YDP MPKB BRI, Zamri Ismail.

Turut bertindak sebagai panelis pada program itu Sheikh Nuruddin Mambu alBanjari, manakala Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani bertindak sebagai moderator.

Sebelum itu kuliah Maghrib disampaikan pensyarah UKM, Dr Izhar Arif. Menteri Besar kemudian mengimamkan solat Isyak. Program berkenaan diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke10 MKPB diisytiharkan sebagai BRI.

Ustaz Azhar juga berkata orang Islam sekarang tidak segan silu lagi mengkritik ulama yang jarang dilakukan masyarakat Melayu sebelum ini.

"Orang Islam zaman dahulu sangat menghormati ulama. Ketika menaiki basikal mereka tidak akan memotong kalau imam mengayuh basikal di hadapan.

"Masyarakat Melayu zaman lampau tidak melanggar adat. Tetapi sekarang motosikal imam pun ada yang sanggup kebas," katanya. HARAKAHDAILY

29/5/2015 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35696-orang-islam-dulu-tak-potong-basikal-imam-ustaz-azhar 

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
Fazenne
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar