Kapten Lee: Helikopter Terhempas Bukan Kerana Cuaca Buruk
Seorang juruterbang helikopter yang menjadi saksi di udara berhubung tragedi korban enam penumpang dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada petang Sabtu, menceritakan dia melihat pesawat malang itu menjunam hingga ke tanah dan mengeluarkan asap hitam.
Mahu dikenali sebagai Kapten Lee, dia yang ketika itu membawa penumpang dari Senai, Johor ke Subang memberitahu laluannya sama dengan helikopter tersebut dan sempat berkomunikasi antara mereka untuk memaklumkan keadaan waktu dan ketinggian.
Katanya, menjadi suatu yang biasa sebagai juruterbang untuk memerhatikan mana-mana kapal terbang atau helikopter yang berada di sekelilingnya.
"Jadi sampai sahaja di Kajang, saya nampak satu helikopter IGB memang keluar dan menuju ke Kajang sedang turun. Bila saya nampak, saya sambung terbang.
"Dalam dua tiga minit, bila saya pandang balik helikopter tu, saya nampak ia dah menjunam, muncung helikopter ke bawah dan saya perhatikan sampai helikopter tu jatuh ke tanah, keluar asap hitam," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Tambah Kapten Lee, pada ketika kejadian cuaca kelihatan cerah walaupun hujan panas, namun dia menafikan adanya hujan ribut.
"Berdasarkan pengalaman saya, yang jatuh tu bukan disebabkan cuaca. Terpulang pada siasat.
"Rasa ngeri. Selepas kejadian, saya terus maklum kepada pengawal di menara kawalan," katanya yang terpaksa meneruskan perjalanan bersama penumpangnya.
Semalam, helikopter jenis S365 milik IGB Corporation, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. -therakyatpost
Nahas Helikopter: Wan Kadri terselamat kerana turun awal
bloglist-malaysia.blogspot
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. wan-kadri
PETALING JAYA: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin terselamat dari nahas helikopter yang dinaikinya bersama Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain kerana turun lebih awal di Bandar Tun Razak, Muadzam Shah.
Dia bersama rombongan berkenaan meninggalkan majlis perkhawinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang diadakan di Pekan lebih awal kerana allahyarham ingin menghadiri satu lagi majlis makan malam di ibu negara. Katanya, Ahli Parlimen Rompin itu pada awalnya ingin Jamaluddin ingin menziarah seorang kakitangannya yang baharu sahaja kematian ayah di Bandar Tun Razak tetapi ia terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk.
"Berikutan keadaan itu juga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat tanah milik Allahyarham yang sebelum ini ingin diwakafkan kepada sebuah pusat tahfiz," katanya. Wan Kadri berkata mereka kemudian menurunkannya di Kota Bahagia berhampiran Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
Dia menerima perkhabaran malang itu ketika dalam perjalanan ke Muadzam Shah, daripada seorang rakan yang memaklumkan helikopter yang dinaiki mangsa tidak kunjung tiba, dan dalam masa sama sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih petang semalam.
"Saya bukan hanya kehilangan rakan seperjuangan tetapi seorang rakan baik yang sangat pemurah dan sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakan," katanya kepada Bernama.
Ahli Parlimen Rompin terbunuh dalam nahas helikopter
Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.Menteri Raba Ponggong
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu
Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Empat orang lagi ialah hartawan Robert Tan - pemilik pusat membeli-belah terbesar di negara ini, Mid-Valley City - kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Tan yang dikenal pasti sebagai Raskan.
Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.
Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.
Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.
Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.
Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli. -mk
http://www.lusuka.com/2012/10/menteri-raba-ponggong.html
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar