Minggu, 05 April 2015

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pengasuh Hantar Anak Ke Sekolah, Anak & Bayi Jatuh TingKat Dua

 

Dalam setahun adalah 3 kali baca berita jatuh macam ni..
Pengajarannya:
Jika kita beli atau sewa rumah bertingkat tinggi..
jgn tengok **parking jer..
Jika kita ada anak kecik yg boleh berjalan..
No 1 perlu dibuat ialah pasang jeriji besi di tingkap  (yg boleh buka waktu emergency).
Harap gomen buat promosi iklan safety..

** auto




On Sunday, April 5, 2015 11:52 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


 


Pengasuh Hantar Anak Ke Sekolah, Anak & Bayi Bawah Jagaannya Jatuh TingKat Dua

bloglist-malaysia.blogspot
duniacacamarba.blogspot

Bayi Maut, Anak Pengasuh Cedera Jatuh Pangsapuri

KAJANG: Penantian sembilan tahun untuk mendapatkan zuriat berakhir dengan tragedi apabila bayi itu meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat dua pangsapuri bersama kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Kedua-duanya berlumuran darah di aras bawah Pangsapuri Kenanga Taman Sri Kantan di sini kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Budak perempuan itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya tetapi selamat, bagaimanapun bayi berusia tiga bulan itu maut di tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, pengasuh bayi itu menghantar anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke sekolah agama berdekatan dan meminta anak perempuannya menjaga bayi berkenaan.

Sebaik pulang, pengasuh berkenaan mendapati rumah itu sunyi dan terus mencari kedua-duanya sebelum mendapati anaknya dan bayi berkenaan dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah pangsapuri itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dipercayai mangsa terjatuh dari tingkap di bilik utama kediaman itu.

"Mungkin kanak-kanak perempuan itu mendukung bayi berkenaan sebelum membuka tingkat, sebelum kedua-duanya terjatuh," katanya.

Kanak-kanak perempuan itu mengalami patah tulang belakang dan pinggul, manakala bayi itu meninggal dunia kira-kira 12 jam selepas kejadian itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian," katanya. -Mstar/4/4/15

P/s: Berhati-hati apabila memilih pengasuh.
 
 
 
Bayi Tiga Bulan Maut, Jatuh Dari Tingkat 2 Rumah Pengasuh

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net

 

KEGEMBIRAAN sepasang suami isteri yang menanti selama sembilan tahun untuk memperoleh cahaya mata sulung berkecai apabila bayi lelaki mereka yang baru berusia tiga bulan mati selepas terjatuh dari rumah pengasuhnya di Kajang, petang semalam.

Bayi itu dipercayai terjatuh dari tingkat dua Pangsapuri Kenanga di Taman Sri Kantan bersama-sama anak pengasuhnya yang berusia enam tahun.
Budak perempuan terbabit mengalami kecederaan tetapi bayi itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.
Difahamkan, pengasuh berusia 41 tahun telah meninggalkan bayi tersebut bersama anak perempuannya untuk keluar sebentar menghantar anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke sekolah agama.
Sebaik sampai ke rumah, pengasuh itu terkejut melihat rumahnya kosong lalu terus mencari anaknya dan bayi berkenaan sebelum menemui kedua-duanya terbaring kaku di tingkat bawah flat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ASP Ab Rashid Ab Wahad siasatan awal mendapati kemungkinan besar kedua-dua kanak-kanak itu terjatuh melalui tingkap di bilik utama unit kediaman terbabit.
"Siasatan awal menunjukkan mungkin budak perempuan itu telah memanjat baby cot untuk membuka tingkap dan pada ketika itu juga dia sedang mendukung bayi tersebut sehingga menyebabkan kedua-duanya jatuh tergelincir," katanya.
Anak perempuan pengasuh terbabit dilaporkan patah tulang belakang dan pinggul sementara bayi itu meninggal dunia kira-kira 12 jam selepas kejadian berlaku.
Kes disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 disebabkan kecuaian.
- MYNEWHSUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
 


__._,_.___

Posted by: bashah <bwasi@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar