Bukan tak nak pakai yg lain, masalahnya waze akan memberitahu jalan mana yg paling cepat utk smpi dan tak jem...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: dollahmamat dollahmamat@yahoo.com [automobil] Sent: Monday, 6 April 2015 20:43 To: automobil@yahoogroups.com Reply To: automobil@yahoogroups.com Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Kena tipu hidup-hidup dengan Waze |
Pada saya....Waze tak berapa bagus utk rujukan kita...
Saya lebih suka guna Google Map...
Cuba laa download Google map...
Sent from: Lenovo A850+
"suhaimi ibrahim sembangautomobil@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
Pernah juga rumah kawan tak adr liputan gps. So gps tu accurate dalam 400 meter. Termasuk kampung sebelah..
http://sembang-automobil.blogspot.com
On Apr 6, 2015 1:46 PM, "Nazri Ahtar littlenoti@yahoo.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
[Attachment(s) from Nazri Ahtar included below]saya pernah guna waze, search kpj damansa ttdi, tapi dihantarnya ke rumah orang...alamat damansara ttdi jugak.waze bagus utk tahu traffic condition, tapi destination tu kena pastikan betul2.android maps pun dah intergrate waze traffic condition. perlu enable 'traffic' dlm android maps. waze dah banyak sangat info yang nak dipaparkan. kalau screen 4", rasa macam semak. jd saya guna android maps shj skrg. ringkas, kemas - objektif tercapai jugak.rgds,Nazri Ahtar
From: "tanya saya worksplendid@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
To: automobil <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 6, 2015 10:37 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Kena tipu hidup-hidup dengan Waze
Kena pastikan setting waze tu seperti yang kita nak. Contoh Avoid toll roads, avoid freeways, do not allow dirt roads dsbnya.. Sepjg 3 tahun guna waze ni, alhamdulillah tak pernah lagi sampai tempat yang tak sepatutnya... Dari pengalaman guna waze pd iOS dan android, waze di iphone/ipad lebih reliable.2015-04-05 23:55 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:Kena tipu hidup-hidup dengan Waze
bloglist-malaysia.blogspot
Waze memang ada banyak manfaatnya untuk mereka yang sering mengembara. Terutamanya jika mengembara ke lokasi yang tidak pernah sampai sebelum ini, Waze dapat bantu untuk sampai ke destinasi dengan tepat dan mudah sekali.
Selama ini saya mengembara mencari lokasi yang tak pernah dijejaki bersama dengan kawan yang menjadi co-pilot di sebelah. Biasanya orang sebelah akan memegang telefon pintar pada tapak tangannya dan saya duduk di ruang memandu mengikut saja arahan yang diberikan oleh suara Elvis Presley dari Waze.
Tak pernah lagi berlaku di mana Waze membawa ke lokasi yang salah setiap kali dimasukkan alamat yang betul. Dalam perjalanan ke Johor baru-baru ini untuk mencari lebih dari 20 lokasi yang berbeza di sekitar Johor yang luas itu, semuanya berjaya dengan cemerlang.
Dari semua pengalaman tersebut, membuatkan saya amat yakin dengan keupayaan Waze untuk memudah dan meringkaskan perjalanan walau di mana saja nak pergi.
Maka Waze jugalah yang saya jadikan alat untuk mencari sebuah lokasi di Pekan Pahang baru-baru ini.
Dari Sabah ke Inderapura Lake Resort, Pekan, Pahang
Saya sampai dari Kota Kinabalu Sabah ke KLIA 2 pada Khamis malam tepat pukul 12. Sebaik saja sampai, terus sms kawan yang bersetuju untuk ambil bawa balik ke rumah. Dapat jawapan darinya yang dia sedang dalam perjalanan dan sudah hampir.
Saya keluar dari airport tunggu depan jalan dan tak berapa lama nampak dia dah tunggu dalam Hilux. Tak tunggu lagi, terus masukkan beg yang ada dan kami bertolak menuju ke Lembah Pantai. Sampai di sana singgah sebentar untuk isi perut sebab kawan yang ambil tu lapar.
Saya masih simpan makanan berupa mee goreng mamak yang dibeli dalam penerbangan AirAsia sebentar tadi, dan keluarkannya di gerai mamak tepi jalan yang kami singgah itu. Mamak tak kisah saya bawa makanan dari luar, malah dia tanya pula berapa harga mee goreng mamak dari Air Asia tu.
Saya jawab harganya agak mahal dan mamak mengiyakannya dan kutuk harga tersebut sebab dia dah kena sekali. Saya tertawa saja, asalkan dia tak marah bawa bekal dah kira ok. Mungkin dia geram kat saya tapi lepaskan geramnya pada AirAsia.
Guna Waze cari Inderapura Lake Resort, Pekan, Pahang
Semua aktiviti perjalanan, singgah makan dan bertolak balik membuatkan saya hanya boleh tidur pada pukul 3 pagi. Memang amat meletihkan jika sentiasa hidup dalam perjalanan mengembara ke sana sini.
Pada hari jumaat tu terpaksa bangun awal dan buat kerja. Selepas bangun solat subuh, terus mandi, bersiap dan pergi pejabat. Saya selesaikan semua urusan penting di waktu pagi dan rehat sekejap untuk tunaikan solat jumaat.
Walaupun amat mengantuk ketika bacaan khutbah di Masjid TTDI Jaya, tapi tak boleh tidur. Keadaan cuaca panas dan bangunan Masjid itu yang berbumbungkan zink dan tertutup dari laluan angin menambahkan rasa panas. Peluh menitik dari dahi sampai ke perut dalam baju. Rasa macam nak pitam, nasib baik dalam keadaan duduk. Kalau tak, dah lama pitam.
Selesai solat Jumaat, saya bergegas ke Subang Jaya dan selesaikan satu lagi kerja penting. Habis kesemua itu dah masuk pukul 4 petang dan terus pergi ke USJ 12 untuk ambil kawan. Kami akan bertolak menuju ke Pekan, Pahang.
Oleh kerana keluar dari Lembah Klang waktu orang ramai bergegas nak balik rumah dipetang jumaat, kami sangkut dan tiba ke Pahang pada waktu malam. Kami keluar kat Gambang sebab ada tanda arah Pekan di situ. Malangnya setelah keluar dari Tol dan sampai ke lampu isyarat, tak ada lagi tanda arah ke Pekan.
Apa lagi!, Waze dibuka dan alang-alang cari Pekan, cari terus destinasi sebenar di mana kami akan menginap kat sana. Kawan masukkan nama Inderapura Lake Resort dalam waze dan perjalanan bermula.
Waze tipu hidup-hidup di waktu malam
Saya cukup yakin dengan Waze. Ke aman saja dia arahkan, saya ikut saja sebab pengalaman sebelum ini ternyata tepat. Kami ikut arah jalan ke Segamat dan masuk pada kawasan gelap di kiri kanan sehinggalah sampai ke Daerah Pekan.
Tak ada langsung tanda arah menuju ke Inderapura Lake Resort sedangkan waze bagi tahu dah dekat. Ada satu simpang gelap dan kecil yang Waze suruh masuk, dan saya ikut saja walau dalam hati amat sangsi.
Bagaimana resort tu terlalu mangkaq tak buat satupun tanda arah menuju ke lokasinya sedangkan dah hampir sampai. Saya masuk perlahan-lahan jalan sempit itu sehinggalah sampai di kawasan rumah papan yang semuanya bertiang 5 kaki tinggi. Mungkin kawasan banjir, fikir saya dalam hati.... suasana bening dan amat sunyi...
Waze bawa ke kandang lembu
Tak ada orang di luar dan suasana gelap amat mencurigakan. Saya terus sehinggalah dah tak ada lagi jalan tar. Hanya tinggal kawasan berbatu dan waze kata pergi depan sikit lagi. Saya ikut juga dan tiba-tiba terkejut! dan saya tekan brek dengan kuat.
Seekor lembu berlari sambil tercacak ekornya ke atas. Lembu itu juga terkejut dengan kehadiran kami rupanya. Saya lihat di depan gelap gulita dan yakin bahawa Waze dah tipu kami hidup-hidup malam itu. Nasib baik tak ada orang terjaga. Kalau tak mungkin orang ingat kami nak curi lembu.
Waze bawa ke kubur
Kami keluar semula dengan pantas ke jalan utama, berhenti sebentar tepi jalan dan berbincang. Saya cuba buat panggilan pada kawan di Pekan untuk dapatkan maklumat sebenar tapi panggilan tak dijawab. Mungkin mereka dah tidur. Terpaksalah guna Waze sekali lagi.
Kawan di sebelah buat carian semula dan tekan Go. Saya ikut lagi arahan Waze. Dia bawa ke depan lagi yang masih dalam keadaan gelap di jalan utama menuju ke Pusat Bandar Pekan. Tak berapa lama kemudian Waze suruh masuk ke lorong kecil sebelah kiri pula.
Saya masuk walaupun kawasan itu juga dalam keadaan gelap seperti sebelum tadi. Punya ikut dan ikut sampailah ke satu persimpangan. Di depan kami terbentang luas kawasan perkuburan Islam! Waze kata kami dah hampir sampai!
Saya tak tunggu lagi dan terus kona kiri dan keluar semula dari kawasan tersebut. Waze tipu sekali lagi dan akhirnya rakan yang dari Pekan buat panggilan. Dia bagi tahu terus pergi ke Pusat Bandar berhampiran McD. Kat situ lokasi sebenar Inderapura Lake Resort.
Sampai ke Inderapura lake Resort, jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam. Sekali lagi saya tidur lewat walaupun esok nak kena bangun awal untuk selesaikan kerja bercakap satu hari suntuk. Dalam keadaan yang amat letih itu, Waze pula nak buat lawak...! satu pengalaman yang seronok nampaknya. Anda ada pengalaman sebegitu?
__._,_.___
Posted by: badrulhishammohd.ramly@gmail.com
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (9) |
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar