Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
SETIAP pesawah di Perlis memiliki sekurang-kurangnya sebuah Kubota.
SUASANA di Kampung Permatang Keriang, Sanglang, Perlis pada 1 dan 2 Mac lalu bertukar meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sempena Pesta Angin Timur 2014 yang diadakan di situ.
Sebelum ini, kira-kira 1,000 penduduk perkampungan nelayan itu hanya menjalankan rutin harian seperti menangkap ikan dan mengusahakan sawah.
Tumpuan pesta itu tentunya permainan tradisional seperti wau, mengagau (menangkap) ikan, menangkap itik dan menumbuk padi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis, Abdul Jamil Saad, sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana pesta dua kali setahun itu sebelum ini hanya menarik 5,000 pengunjung.
"Mungkin ia disebabkan negeri ini bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2014 pada Mei ini selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 yang sedang berlangsung sekarang.
"Selain permainan tradisional, kami juga mengadakan pertandingan seni suara burung merbah jambul, teka jumlah padi dan tarik tali dalam bendang," katanya.
Lupakan sebentar kemeriahan Pesta Angin Timur ini dan mengapa dinamakan sedemikian?
Cuaca
Fenomena angin timur berlaku setiap tahun di negeri ini. Hakikatnya ia angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan Disember hingga Mac.
Perlis terletak paling hampir dengan Garisan Jadi (garis lintang yang menandakan kedudukan matahari tegak yang paling jauh ke selatan) menyebabkan negeri ini menerima tempiasnya.
TRAKTOR pembajak ini boleh diubah suai dengan menambah tempat duduk seperti beca.
Angin timur ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu ketika hemisfera selatan Bumi paling condong ke arah matahari.
Uniknya, pada waktu siang suhu panas yang dicatatkan sekitar 32 darjah Celcius malah pernah melebihi 40 darjah Celcius khususnya di Padang Besar. Namun, suhunya jatuh kepada 20 darjah Celcius pada waktu malam.
Menurut orang-orang tua di Perlis, sebelum pembangunan pesat berlaku di negeri ini pada 30 tahun lalu, suhu di negeri ini lebih sejuk hinggakan minyak kelapa menjadi beku pada waktu pagi.
Berbalik kepada Pesta Angin Timur 2014, Jamil berkata, pengunjung pesta dirai seperti berada di sebuah kampung tradisional tahun 1950-an.
"Pengunjung dijamu dengan hidangan ringan dan menikmatinya dalam keadaan bersila," katanya.
Himpunan lebih 100 acara sememangnya menyeronokkan tetapi pasti pertandingan lumba kerbau besi kedengaran ganjil.
Tetapi jangan bayangkan kerbau yang dipakaikan kepingan besi terutama di bahagian kepala tetapi bagi orang Perlis, istilah itu merujuk kepada traktor pembajak sawah jenis Kubota.
Mengepam air
Pertandingan traktor pembajak sawah ini merupakan kali pertama diadakan di negara ini.
Menurut seorang pesawah di Kampung Sanglang, Hadi Amran, 35, traktor Kubota yang dikendalikan menggunakan kedua-dua belah tangan itu mempunyai sejarah tersendiri kepada pesawah di negeri ni.
PERTANDINGAN lumba Kubota merupakan acara menarik pesta ini.
"Boleh dikatakan setiap pesawah di Perlis mempunyai traktor ini yang digunakan untuk membajak sawah kerana harganya sekitar RM1,000 sahaja.
"Ia bukan sekadar untuk membajak bahkan boleh digunakan untuk mengepam air dari sawah atau menyiram tanaman," katanya.
Ujarnya, bateri dan enjin traktor itu turut digunakan sebagai generator bagi menjana tenaga elektrik di rumah pesawah.
"Jika berlaku gangguan elektrik, kami cuma sambung enjin dengan lampu kalimantang ia terus menyala," ceritanya.
Terang Hadi, traktor kecil itu mempunyai pelbagai fungsi malah boleh diubah suai menjadi kenderaan untuk bersiar-siar dengan menambah tempat duduk seperti beca.
"Di negara jiran, Thailand, traktor ini ibarat teksi untuk membawa pelancong asing di kawasan perkampungan.
"Dahulu traktor ini digunakan secara meluas untuk membajak sawah tetapi kerana penggunaan traktor pembajak yang lebih besar dan moden, kebanyakan Kubota ini menjadi besi buruk kerana tidak digunakan lagi," katanya.
Kini, kerajaan Perlis mahu mempopularkan kembali pertandingan lumba traktor pembajak sawah ini dengan menjadikannya sebagai ikon baharu pelancongan negeri ini.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar