Sabtu, 01 Juni 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Aduhai KPN.. Larangan motosikal masuk bandar

 



 

Larangan motosikal masuk bandar tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi terhadap golongan penunggang motosikal

biaqpila.blogspot.
 
 

Aduhai KPN.. orang suruh pikiaq kurangkan kadar jenayah bukan suruh sekat kebebasan rakyat bergerak!


Larangan motosikal masuk bandar satu diskriminasi

Lau Weng San

Cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melarang kemasukan motosikal ke sesetengah zon di bandar besar yang akan dikategori sebagai "zon selamat" ialah satu cadangan drastik yang tidak masuk akal dan tidak adil kepada para penunggang motosikal.

Malahan cadangan ini juga satu cadangan yang bersifat diskriminasi terhadap penunggang-penunggang motosikal di Malaysia.

Sebagai seorang penunggang motosikal, saya akan menentang dasar ini habis-habisan bukan kerana ia dasar yang tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi, malahan saya berpendapat ia langsung tidak menyelesaikan masalah jenayah jalanan.

Cadangan ini adalah tidak masuk akal seolah-olah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal membanteras kegiatan jenayah sehingga mereka perlu melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar.

Jika logik ini boleh diterima, mengapakah polis tidak melarang penggunaan senjata-senjata seperti parang, pisau yang juga boleh disalahguna untuk kegiatan jenayah?

Cadangan ini tidak masuk akal kerana ia akan menjejas sesetengah sektor perkhidmatan di pusat-pusat bandar seperti perkhidmatan kurier, perkhidmatan penyampaian (delivery services) dan perkhidmatan pos.

Bagaimana surat, dokumen dan barang-barang kurier yang dikirim ke alamat-alamat dalam "zon selamat" dapat dihantar tepat pada masanya tanpa menggunakan motosikal?

Cadangan ini tidak adil kerana ia pasti akan menjejas sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah dan golongan pekerja. Mereka terpaksa bergantung kepada kenderaan kecil seperti motosikal untuk berulang-alik antara rumah dengan tempat kerja kerana motosikal menawarkan cara pengangkutan yang murah, cekap dan efisyen lebih-lebih lagi kehidupan golongan pekerja semakin terhimpit dengan kos kehidupan yang meningkat dan gaji yang rendah.

Ini bertambah teruk apabila golongan pekerja tidak boleh bergantung kepada pengangkutan awam di Malaysia yang masih berada di takuk lama.

Cadangan ini juga ialah satu bentuk diskriminasi terhadap penunggang motosikal. Mengapakah golongan penunggang motosikal perlu dipersalahkan sedangkan terdapat cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah ini?

Misalnya, kerajaan harus membina lebih banyak lorong motosikal di kawasan bandar agar pejalan-pejalan kaki dapat dipisahkan daripada laluan motosikal. Bukankah cara ini jauh lebih efektif dan berkesan dalam mengurangkan jenayah jalanan?

Malahan lebih banyak lorong motosikal perlu dibina untuk memisahkan penunggang-penunggang motosikal daripada pengguna-pengguna jalan raya yang lain demi mengurangkan kadar maut penunggang motosikal.

Apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut tentang adanya beberapa bandar di luar Negara yang melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar, soalan timbul sama ada larangan ini dikeluarkan atas alasan yang sama? Kalau ada, beliau harus namakan bandar-bandar ini. Jika ya, soalan yang kedua ialah adakah ia berkesan dalam mengurangkan jenayah jalanan?

Barangkali Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang cadangan ini sebelum beliau membawanya untuk pertimbangan dan pelaksanaan selanjutnya oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Jika tidak, ianya hanya akan mengundang lebih banyak kritikan daripada kaum penunggang motosikal.

Lau Weng San adalah ADUN DAP Kampung Tunku. Beliau antara ratusan ribu penunggang motosikal di Lembah Klang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
.

__,_._,___

Tidak ada komentar:

Posting Komentar