Sabtu, 01 Juni 2013

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Aduhai KPN.. Larangan motosikal masuk bandar

larang motorsikal ikut luar negara konon.....luar negara minyak murah dari Msia  tak nak pulak ikut






From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, June 1, 2013 11:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Aduhai KPN.. Larangan motosikal masuk bandar

 

 

Larangan motosikal masuk bandar tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi terhadap golongan penunggang motosikal

biaqpila.blogspot.
 
wengsan.blogspot.
 

Aduhai KPN.. orang suruh pikiaq kurangkan kadar jenayah bukan suruh sekat kebebasan rakyat bergerak!

Posted by Kedah Lanie

Larangan motosikal masuk bandar satu diskriminasi

Lau Weng San

Cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melarang kemasukan motosikal ke sesetengah zon di bandar besar yang akan dikategori sebagai "zon selamat" ialah satu cadangan drastik yang tidak masuk akal dan tidak adil kepada para penunggang motosikal.

Malahan cadangan ini juga satu cadangan yang bersifat diskriminasi terhadap penunggang-penunggang motosikal di Malaysia.

Sebagai seorang penunggang motosikal, saya akan menentang dasar ini habis-habisan bukan kerana ia dasar yang tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi, malahan saya berpendapat ia langsung tidak menyelesaikan masalah jenayah jalanan.

Cadangan ini adalah tidak masuk akal seolah-olah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal membanteras kegiatan jenayah sehingga mereka perlu melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar.

Jika logik ini boleh diterima, mengapakah polis tidak melarang penggunaan senjata-senjata seperti parang, pisau yang juga boleh disalahguna untuk kegiatan jenayah?

Cadangan ini tidak masuk akal kerana ia akan menjejas sesetengah sektor perkhidmatan di pusat-pusat bandar seperti perkhidmatan kurier, perkhidmatan penyampaian (delivery services) dan perkhidmatan pos.

Bagaimana surat, dokumen dan barang-barang kurier yang dikirim ke alamat-alamat dalam "zon selamat" dapat dihantar tepat pada masanya tanpa menggunakan motosikal?

Cadangan ini tidak adil kerana ia pasti akan menjejas sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah dan golongan pekerja. Mereka terpaksa bergantung kepada kenderaan kecil seperti motosikal untuk berulang-alik antara rumah dengan tempat kerja kerana motosikal menawarkan cara pengangkutan yang murah, cekap dan efisyen lebih-lebih lagi kehidupan golongan pekerja semakin terhimpit dengan kos kehidupan yang meningkat dan gaji yang rendah.

Ini bertambah teruk apabila golongan pekerja tidak boleh bergantung kepada pengangkutan awam di Malaysia yang masih berada di takuk lama.

Cadangan ini juga ialah satu bentuk diskriminasi terhadap penunggang motosikal. Mengapakah golongan penunggang motosikal perlu dipersalahkan sedangkan terdapat cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah ini?

Misalnya, kerajaan harus membina lebih banyak lorong motosikal di kawasan bandar agar pejalan-pejalan kaki dapat dipisahkan daripada laluan motosikal. Bukankah cara ini jauh lebih efektif dan berkesan dalam mengurangkan jenayah jalanan?

Malahan lebih banyak lorong motosikal perlu dibina untuk memisahkan penunggang-penunggang motosikal daripada pengguna-pengguna jalan raya yang lain demi mengurangkan kadar maut penunggang motosikal.

Apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut tentang adanya beberapa bandar di luar Negara yang melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar, soalan timbul sama ada larangan ini dikeluarkan atas alasan yang sama? Kalau ada, beliau harus namakan bandar-bandar ini. Jika ya, soalan yang kedua ialah adakah ia berkesan dalam mengurangkan jenayah jalanan?

Barangkali Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang cadangan ini sebelum beliau membawanya untuk pertimbangan dan pelaksanaan selanjutnya oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Jika tidak, ianya hanya akan mengundang lebih banyak kritikan daripada kaum penunggang motosikal.

Lau Weng San adalah ADUN DAP Kampung Tunku. Beliau antara ratusan ribu penunggang motosikal di Lembah Klang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
 

KPN Cadang Larang Motor Masuk Bandar.

telokbakong.blogspot
amenoworld.blogspot
Idea neh aku tolak. Aku ada sebab2 tertentu kenapa aku tolak idea neh. Bukan kerana yang bagi idea neh KPN maka aku membuta tuli tolak. Jangan salah faham. Tapi aku ada sebab2 tertentu yang bakal aku explain kejap lagi.
Aku faham. Aku percaya KPN ada sebab tersendiri kenapa dia bagi idea tersebut. Mungkin dia ada kaji beberapa aspek. Tapi siyes aku cakap idea neh takan menyelesaikan masalah berbangkit.
Tujuan KPN nak kurangkan kadar jenayah jalanan. Nak mewujudkan zon selamat di kawasan bandar2 utama. Bagus. Jangan kita nafikan yang KPN ada matlamat yang bagus. Seperti yang kita sedia maklum, jenayah ragut dan rempit memang sebati ahh dengan penunggang2 motorsikal. Ini fakta beb.
Tapi wajarkah tindakan sebilangan penunggang motorsikal, yang tak terbabit sama turut terhukum sekali tak pasal2?
Idea nak mewujudkan zon selamat itu dah cantik dah. Tapi biar la kita gunakan pendekatan yang tak menyusahkan dan tak mendiskriminasikan orang lain.
Kena faham. Bukan semua mampu beli kereta beb. Dan kena faham, bandar2 utama selalu jam beb. Kalau ko larang penggunaan motor tak ke itu keterlaluan? Adakah jenayah hanya boleh dilakukan menggunakan motor?
NOOOOO
Baru2 neh anak menteri kena ragut beb. Depan shopping mall. Tahu tak peragut gunakan kenderaan apa ketika lakukan jenayah? Kereta satria beb. Maksudnya asalkan dorang dah bernekad nak lakukan jenayah, dorang tetap akan buat tak kira la guna kenderaan apa sekalipun.
Kenderaan tue faktor sampingan jek. Bukan faktor utama. Faktor utama tue ialah sikap penjenayah tue sendiri. Di samping kawalan keselamatan yang longgar. Di tambah pula dengan hukuman yang tak menakutkan penjenayah. Tue yang buat kadar jenayah naik meninggi.
Lagipun cuba fikir masak2. Sejauh mana semua tempat kat Malaysia neh boleh di akses dengan pengangkutan awam? Sejauh mana semua rakyat mampu memiliki kereta sendiri? Bagaimana pula dengan pekerja2 yang gunakan motor seperti Pizza Hut dan posmen?  Despacth?
Sebab tue aku tolak idea neh. Matlamat memang cantik. Tapi cara nak capai matlamat tue tak berapa ngam. Kena tolak. Berapa ramai yang guna motor nak elakkan jalan jem? Ramai wooo. Polis pun geng2 motor juga.
Aku cadangkan KPN buat satu perbincangan umum. Panggil geng2 motor. Panggil rakyat. Kita bincang dalam satu forum. Kita tukar2 idea.
Kadang2 kita tak faham mesej PDRM. Kadang2 PDRM tak faham mesej kita. Kalau kita bertemu berbincang dan bertukar2 idea mungkin kita boleh capai satu resolusi.
Mungkin PDRM tak nampak sejauh mana masyarakat rasa risau dengan tahap keselamatan dalam negara sekarang neh. Sebab tue perlu untuk KPN berlapang dada tanya directly pada rakyat sebab kami la golongan sasaran korang. Keselamatan kami la yang menjadi tanggungjawab korang pun. Jangan buat idea syok sendiri. Tolong la KPN..
Thanks..

 

Comments

potpet potpet · 

Islam sangat galakkan kita untuk saling nasihat-menasihati. Islam adalah agama yang harmoni. Actually, semua orang kena sefahaman baru sesuatu kerja menjadi mudah dilaksanakan. untuk mendapat 100% perfect sempurna, mungkin tidak. mungkin kaedah kajian perlu dijalankan terlebih dahulu. kalau semua orang perfect kan senang kerja.
apapun keputusannya, malaysia akan menjadi negara contoh yang positif kepada negara-negara luar.
 
C++ · 
DeeDee AmenoWorld....

Agaknyer lepas nih kereta satria pon diharamkan masuk dalam bandar.... hahahaha.... lawak bodoh betul lar.... hahaha
My recent post Kalaulah Ada...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar