Pages

Selasa, 19 Maret 2013

Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Wanita Maut Dihempap Lembu

bila undang-undang bagi penjaga ternakan yang membiarkan ternakan mereka di jalan raya dapat di kuat kuasakan.... persoalannya adakah lembu itu bodoh melintas jalan atau tuan punya lembu yang lebih bodoh membiarkan ternakannya bebas.   kalau lembu dia kena kebas tahu pula mengadu dan buat laporan polis, tapi dalam kes ini mesti tuan punya lembu tu tak mengaku lembu dia....... renungkan.....


--- On Mon, 2/18/13, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Wanita Maut Dihempap Lembu
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
Date: Monday, February 18, 2013, 11:55 PM

 



 

Wanita Maut Dihempap Lembu Akibat Kemalangan #1Malaysia #AlFatihah

revolusifikiran.blogspot.
riziqin.blogspot
 

Seorang pembonceng wanita maut dihempap lembu apabila motosikal dinaikinya melanggar haiwan itu dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 400 meter dari simpang masuk tanah rancangan Jengka 18, kelmarin.

Mangsa, Nurul Nasirah Mat Nasir, 25, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dihimpit lembu terbabit yang mati dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 30.6 jalan Temerloh-Bandar Jengka.

"Berdasarkan siasatan, penunggang motosikal dikatakan tidak sempat mengelak apabila secara tiba-tiba, seekor lembu melintas di hadapan mereka.

"Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya semalam (kelmarin)," katanya.

Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan kursus kejururawatan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya.

Al Fatihah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar